PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas melecur selepas rumah dua tingkat separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Limbanak, di sini, petang tadi.
Mangsa berusia 69 tahun melecur di bahagian dahi diberi rawatan awal oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zeno Tingalan berkata, sebaik menerima panggilan jam 5.47 pagi, 11 anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi sebuah rumah dua tingkat terbakar 100 peratus. Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dan satu pancutan dengan sumber air dari pili bomba berdekatan.
“Terdapat seorang mangsa dilaporkan melecur di bahagian dahi diberi rawatan awal oleh pasukan APM,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 6.17 petang dan ditamatkan kira-kira 8 malam.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba.
“Operasi memadam kebakaran turut dibantu BBP Putatan,” katanya. – Info X