Search

Warga emas tumbuk isteri ditahan

July 24, 2025

Info X Reporters

TAWAU: Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas bertindak ganas menumbuk muka dan kepala isterinya dalam kejadian di sebuah gerai Pasar Gantung Tapak Seratus, di sini, semalam.

Suspek yang berusia lingkungan 65 tahun dipercayai bertindak sedemikian akibat salah faham dengan mangsa yang juga seorang peniaga wanita.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa mengalami kecederaan di muka dan kepala akibat dipukul bertubi-tubi sebelum tampil membuat laporan polis.

“Susulan laporan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menahan suspek bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. – Info X