Search

Warga Pakistan bergaduh gara-gara tidak puas hati

September 5, 2024

Info X Reporters

PENAMPANG: Tidak puas hati dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki warga Pakistan di sebuah kawasan di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya terkesan dua video tular berdurasi 45 saat dan satu minit 18 saat dimuat naik di media sosial, hari ini.

Katanya, kedua-dua rakaman video itu memaparkan pergaduhan sekumpulan warga Pakistan.

“Polis juga mengesahkan telah menerima satu laporan polis pada 5.06 petang semalam oleh seorang pengadu lelaki warga Pakistan yang menjadi mangsa dalam pergaduhan berkenaan.

“Hasil siasatan awal polis mendapati pergaduhan adalah berpunca daripada tidak puas hati oleh dua pihak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan pergaduhan sekumpulan warga Pakistan di Penampang.

Sammy berkata, polis sedang giat memburu tiga lagi suspek yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

“Kes masih dalam siasatan polis dan satu kertas siasatan telah dibila mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata bahaya yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau sebab dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

“Orang ramai atau saksi kejadian diminta untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan polis di balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, tular dua rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki yang dipercayai warga Pakistan bergaduh sesama sendiri di pekarangan rumah kedai di kawasan perumahan Country Height, Penampang, di sini.

Kejadian yang dipercayai dirakam orang awam itu turut tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat. – Info X