Search

148 penduduk dipindahkan akibat banjir di Sandakan, Paitan

KOTA KINABALU: Seramai 148 penduduk di Sandakan dan daerah kecil Paitan dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir yang bermula petang tadi. Daripada jumlah itu, seramai 142 mangsa ditempatkan di Masjid Nur Iman, Kampung Sungai Memanjang, Sandakan yang dijadikan PPS, manakala enam mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol, Paitan. Jumlah itu […]

Sang bedal ‘berkunjung’ ke rumah

PUTATAN: Penghuni sebuah rumah di Kampung Ketiau, di sini, dikejutkan dengan kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ seekor buaya sepanjang dua meter di depan rumah mereka, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, penghuni mulanya menganggap haiwan yang memasuki kawasan rumahnya adalah seekor biawak. Namun selepas didekat haiwan itu adalah buaya sebelum bertindak menghubungi Angkatan […]

APM BAKAL TERIMA 100 AMBULANS PACUAN EMPAT RODA

KOTA KINABALU: Sebanyak 100 unit ambulans jenis pacuan empat roda bakal diperoleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) di seluruh negara mulai tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, proses perolehan sudah dilaksanakan dan ianya bakal diagihkan secara berfasa sehingga Julai tahun hadapan. “Penambahan aset […]

SEORANG PEREMPUAN CEDERA SELEPAS 3 RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG LIKAS

KOTA KINABALU: Seorang perempuan melecur di tangan selepas tiga buah rumah di Lorong Lengkok, Kampung Likas, di sini, musnah terbakar, tengah malam tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.33 tengah malam. “Sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mengawal dan […]

36 KAMPUNG DI BEAUFORT DILANDA BANJIR

BEAUFORT: Sebanyak 36 buah kampung di sekitar daerah ini dilanda banjir berikutan limpahan air Sungai Padas yang melepasi paras bahaya, hari ini. Limpahan air sungai terbabit berlaku susulan hujan berterusan di kawasan hulu khususnya di daerah pedalaman sejak beberapa hari lalu. Kampung yang terlibat ialah Batu 58, Batu 60, Batu 65, Jempangah, Binunuk, Balibata, Kuarters […]