Search

Adik maut, abang cedera kemalangan di Beluran

BELURAN: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang abangnya terbabit kemalangan dengan lori tangki di Jalan Paitan, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa berusia 14 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala abangnya berusia 18 tahun cedera ringan. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati […]

10 cedera termasuk 2 parah kemalangan 4 kenderaan di Kundasang

RANAU: Sepuluh cedera termasuk dua parah manakala enam lagi selamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kouluan, Kundasang, di sini, hari ini. Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa yang terbabit masing-masing dari Toyota Vellfire (4 mangsa), Toyota Hilux (4 mangsa), Perodua Alza (4 mangsa) dan Perodua Axia (4 mangsa). Jurucakap Pusat Gerakan Operasi […]

Pemandu maut langgar lori tangki minyak

PENAMPANG: Seorang lelaki maut dalam kemalangan apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar lori tangki minyak di Jalan Sapulut – Donggongon – Tambunan, dekat Kampung Madsiang, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 4.25 pagi itu, pemandu kereta jenis Perodua Viva berusia 30 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan. […]

Maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar lori yang membuat pusingan U di laluan Pan Borneo, Kilometer 15, Jalan Lama Papar – Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 25 tahun, yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di […]

Anggota URB putus kaki kemalangan di Jalan Lintas

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis putus kaki kanan apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan di Jalan Lintas, berhadapan City Mall, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa berpangkat Koperal berusia 35 tahun yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, dalam perjalanan ke […]

Pekerja restoran maut dirempuh kereta ketika ke surau

KOTA KINABALU: Seorang maut manakala dua rakannya selamat selepas dirempuh kereta di Jalan Lintas, berhampiran Restoran Maimunah, Cybercity, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, ketiga-tiga mangsa warganegara India terbabit dikatakan sedang berjalan menuju ke Surau Istiqomah, Taman Olivia, untuk menunaikan solat subuh. Bagaimanapun, ketika cuba melintasi jalan, sebuah kereta Toyota […]

Dua sahabat maut kenderaan rempuh pokok

SANDAKAN: Dua sahabat maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka hilang kawalan lalu sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Utara Batu, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, pemandu Raynerd Noell Tan, 22, yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Rakan mangsa berusia 22 tahun yang turut tersepit di […]

Suami maut, isteri cedera pacuan empat roda bertembung treler

KUNAK: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama isterinya bertembung dengan sebuah treler di Batu 60, Jalan Kunak – Tawau, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, Amir Sarail berusia lingkungan 50 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Isteri mangsa, Astriewati Hassan, 55, yang […]

Maut terperosok bawah kereta

LABUAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Taman Orkid, di sini, awal pagi tadi. Mangsa lelaki berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.57 pagi. […]

Pemandu maut, penumpang cedera ringan kereta bertembung pacuan empat roda

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 71, Jalan Lahad Datu – Tungku, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa berusia 51 tahun yang memandu kereta jenis Proton Pesona meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. Penumpang kereta terbabit, […]