Search

SINDIKET PENGEDARAN DADAH TUMP, POLIS TAWAU, RAMPAS 7 KILOGRAM SYABU

TAWAU: Lebih tujuh kilogram syabu dirampas susulan kejayaan Polis Tawau menumpaskan sindiket pengedaran dadahdalam operasi di dua lokasi berasingan, di sini pada 25 Mei lalu. Dalam serbuan kira-kira jam 2.10 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan rangkaian sindiket pengedaran dadah. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner […]

LELAKI TETAK TUNANG BEKAS TEMAN WANITA DITAHAN POLIS

PENAMPANG: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menetak tunang bekas teman wanitanya menggunakan parang dalam kejadian di jejantas berhadapan sebuah bank di Putatan, di sini, 18 Mei lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 24 tahun diserang secara tiba-tiba menggunakan parang. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim berkata, […]

KUMPULAN PENCULIK MASIH ADA, PERINTAH BERKURUNG ESSZONE DILANJUTKAN

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 9 Jun depan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau […]

TIADA INSIDEN BOLEH JEJAS KESELAMATAN PERAIRAN SABAH, KATA JAUTEH

KOTA KINABALU: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, tiada sebarang insiden yang boleh menjejaskan tahap keselamatan di perairan Sabah, selepas berakhirnya pilihan raya untuk memilih presiden baharu Filipina baru-baru ini. Katanya, ini disebabkan pasukan keselamatan sentiasa dalam keadaan siap siaga dan waspada sepanjang proses pilihan raya di negara jiran berlangsung. Beliau berkata, semuanya […]

PANIK PUSAT HIBURAN DISERBU, LELAKI MAUT TERJUN BANGUNAN

TAWAU: Akibat panik, seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun daripada tingkat satu bagi mengelak diperiksa pihak berkuasa yang menyerbu sebuah pusat hiburan, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki warga asing berusia 23 tahun terbabit yang ditemui cedera parah disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tawau, hari ini. […]

‘PONDOHAN’ HARAM DIROBOH, ELAK JADI LOKASI PERSINGGAHAN PENJENAYAH

KUDAT: Ops Gasak Laut di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan, dekat sini bakal dilancarkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam usaha merobohkan sejumlah ‘pondohan’ atau struktur haram dipercayai menjadi lokasi persinggahan penjenayah rentas sempadan. Komander ESSCOM, Deputi Komisioner, Hamzah Ahmad berkata, Op Gasak Laut Siri 1/2022 itu akan dilancarkan pada 18 Mei depan […]

16,376 SAMAN DIKELUARKAN SEPANJANG OP SELAMAT DI SABAH

KOTA KINABALU: Sebanyak 16,376 saman dikeluarkan Polis Sabah membabitkan pelbagai kesalahan trafik sepanjang 10 hari Op Selamat 18 dilaksanakan bermula 28 April sehingga 8 Mei lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, jumlah berkenaan menunjukkan penurunan berbanding Ops Selamat 15 yang mencatatkan sebanyak 16,969 saman dikeluarkan. “Kes kemalangan pula menunjukkan peningkatan tujuh peratus iaitu […]

PERINTAH BERKURUNG DILANJUTKAN SEHINGGA 25 MEI DEPAN

KOTA KINABALU: Perintah berkurung membabitkan kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini bakal dilanjutkan bermula 11 sehingga 25 Mei depan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung berkenaan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. “Perintah berkurung ini dilanjutkan untuk memastikan kawasan […]