Search

Pelancong ditemui mati dalam bilik hotel

KOTA KINABALU: Seorang pelancong lelaki warga Korea ditemui mati di dalam bilik hotel di Jalan Coastal, di sini, hari ini. Mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemui terbaring di lantai biliknya oleh penghuni hotel berkenaan, jam 8.25 pagi. Menurut sumber, penghuni hotel itu melalui ke biliknya dan melihat mangsa terbaring di lantai bilik hotel dalam […]

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan hingga 21 Mac 2023

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 21 Mac 2023. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau […]

Suspek utama kes ragut di Tuaran ditahan polis

TUARAN: Seorang daripada dua suspek yang cuba meragut beg tangan milik peniaga kuih di tepi Jalan Sulaman berhampiran Kampung Lok Batik, di sini, berjaya ditahan polis. Suspek lelaki ditahan pada 2 Mac lalu, hasil maklumat yang disalurkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, suspek yang ditahan itu adalah suspek […]

298 pelatih polis tamat latihan asas konstabel

KOTA KINABALU: Seramai 298 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bilangan 54, Siri 7/2022 berjaya menamatkan latihan mereka selama enam bulan yang diadakan di Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Latihan yang bermula 3 September tahun lalu itu membabitkan latihan dan pembelajaran berkaitan undang-undang, berkawad dan penggunaan senjata api. Ia turut […]

Lori bertembung van, tujuh termasuk pelancong asing cedera

RANAU: Tujuh cedera termasuk lima pelancong luar negara selepas van dinaiki mereka bertembung dengan lori di Kilometer 3 Jalan Ranau – Kundasang, Kampung Kibbas, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa cedera membabitkan pelancong tempatan, Korea dan China serta pemandu van berkenaan. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan, Simium Lomudin berkata, […]

KERETA TERBALIK BEBERAPA KALI, SEORANG MAUT DUA LAGI CEDERA

KOTA BELUD: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbalik beberapa kali ketika menuruni bukit di Jalan Kota Belud-Kota Marudu, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Saga dikatakan dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu. Ketua Polis Daerah Kota […]

BERGADUH DI HADAPAN PUSAT HIBURAN, 17 LELAKI DITAHAN

SANDAKAN: Polis menahan 17 lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan, di Bandar Utama Batu 6, di sini, Sabtu lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, kesemua individu berusia antara 19 hingga 40 tahun itu ditahan selepas video pergaduhan terbabit menjadi viral di media sosial. “Siasatan mendapati […]

DICEKUP KETIKA PECAH MASUK RUMAH SARANG BURUNG

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang memecah masik sebuah rumah sarang burung walit di Kampung Sungai Imam Bombalai, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, suspek berusia lingkungan 20-an terbabit ditahan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dari Balai Polis Bombalai. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner […]

DICEKUP KETIKA TUNGGU PELANGGAN BELI DADAH

BEAUFORT: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menjual dadah di perkarangan sebuah rumah di Kampung Limbawang, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek berusia 39 tahun yang bekerja sebagai buruh turut dikatakan cuba melarikan diri ketika serbuan namun berjaya diberkas selepas itu. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan […]

DUA SUSPEK PECAH RUMAH DI KENINGAU DICEKUP

KENINGAU: Polis menahan dua lelaki selepas dikenalpasti terbabit dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Kampung Tuarid Taud, di sini, Januari lalu. Kedua-dua suspek berusia 20-an yang berjaya ditahan itu membabitkan seorang lelaki tempatan dan seorang lagi warga asing. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Polis Nor Rafidah Kasim berkata, kedua-dua suspek dipercayai memecahkan masuk […]