Search

Jauteh dilantik pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dilantik selaku Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, berkuat kuasa hari ini. Beliau mengambil alih tugas daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah yang akan bersara wajib esok. Majlis serah terima tugas antara Idris dengan Jauteh berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini, […]

2 penjawat awam antara ditahan edar dadah di Tawau

TAWAU: Dua penjawat awam antara tujuh ditahan terbabit sindiket pengedaran dadah jenis syabu seberat 1.2 kilogram dalam dua serbuan berasingan di sini, baru-baru ini. Semua suspek berusia 30 hingga 59 tahun ditahan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau. […]

Polis mohon bantuan kesan Gan Ka Keat

SEMPORNA: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak Isnin lalu. Mangsa Gan Ka Keat dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Perigi, di sini, jam 12 tengah hari dengan memakai t-shirt lengan dan seluar pendek warna hitam, bertopi serta memakai selipar. Ketua Polis Daerah […]

156 murid SK Nunuyan Laut teruja terima sumbangan alat persekolahan

SANDAKAN: Seramai 156 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nunuyan Laut, di sini, teruja apabila menerima sumbangan alat persekolahan yang disampaikan Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis Abdul Fuad Abdul Malek, semalam. Sumbangan berkenaan dibuat sempena Program ‘First Day At School’ anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sekolah berkenaan. Program itu diadakan juga adalah […]

Pencuri kereta di ‘showroom’ dicekup sejurus tiba di KKIA

KOTA KINABALU: Selain memecah masuk premis pameran ‘showroom’ kenderaan di Kepayan, di sini, untuk melarikan dua kenderaan pacuan empat roda, dua penjenayah turut memecah masuk tiga rumah di Semenanjung. Bagaimanapun kegiatan licik dua penjenayah yang dikehendaki ‘Wanted Person’ berakhir apabila ditahan polis di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA). Kedua-dua suspek berjaya ditahan sebaik tiba di […]

Balai Polis Inanam baharu tingkat perkhidmatan PDRM

KOTA KINABALU: Pembukaan Balai Polis Inanam baharu bukan saja pengiktirafan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi juga membantu meningkatkan perkhidmatan polis kepada masyarakat. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, prasarana yang kondusif ini sudah pasti akan memberi motivasi kepada warga PDRM untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Katanya, ia selaras dengan inisiatif polis dalam membendung jenayah […]

Lelaki berjambang samun pekerja premis diburu

KOTA KINABALU: Polis sedang memburu seorang lelaki disyaki terbabit kes samun seorang pekerja premis di Universiti Apartment, di sini, tengah malam semalam. Dalam kejadian jam 12.12 tengah malam itu, mangsa wanita berusia lingkungan 20-an yang berseorangan dalam premis dikatakan hendak menutup kedai sebelum didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, […]

Enggan ditahan polis, lelaki kelar leher sendiri

KOTA KINABALU: Seorang lelaki disyaki penjenayah yang enggan ditahan polis cuba membunuh diri dengan bertindak mengelar lehernya sendiri dalam kejadian di rumahnya di Kepayan Rigde, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek lelaki yang parah kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Kota […]

Seronok berlumba, dua remaja ditahan

PENAMPANG: Lagak dua remaja menunggang secara berbahaya dan berlumba sesama sendiri di Jalan Putatan, di sini, awal pagi tadi, mengundang padah apabila mereka ditahan polis. Remaja lelaki yang masing-masing berusia 16 dan 18 tahun itu ditahan sepasukan polis ketika menjalankan Op Samseng Jalanan di kawasan berkenaan. Op Samseng Jalanan yang bermula jam 11 malam dan […]

PDRM pantau rapi aktiviti media sosial kumpulan dikaitkan IS

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau rapi sebarang aktiviti media sosial kumpulan di negara ini yang dikaitkan dengan Islamic State (IS). Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, maklumat diperoleh daripada Nordic Counter Terroism Network dari Finland yang dilapor media mendakwa terdapat aktiviti media sosial oleh kumpulan di Malaysia yang dikaitkan […]