Search

Pesara rugi RM300 ditipu dua lelaki

TAWAU: Seorang pesara kerajaan kerugian RM300 selepas beg sandang miliknya dicuri dalam kejadian di hadapan sebuah kedai di Jalan Bunga Raya, di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu dipercayai dilakukan dua lelaki yang bersubahat memperdayakan mangsa berdasarkan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi. Dalam rakaman berkenaan, seorang lelaki dilihat mengetuk pintu […]

Anggota URB putus kaki kemalangan di Jalan Lintas

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis putus kaki kanan apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan di Jalan Lintas, berhadapan City Mall, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa berpangkat Koperal berusia 35 tahun yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, dalam perjalanan ke […]

2 remaja dalang curi motosikal di Tawau ditahan polis

TAWAU: Dua remaja lelaki yang disyaki dalang kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini, akhirnya dicekup dalam serbuan polis, kelmarin. Kedua-dua suspek masing-masing berusia 16 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan bermula jam 10 hingga 10.40 malam. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil siasatan lanjut dengan dipandu arah oleh suspek kedua […]

Polis tahan 4 suspek curi kabel telekomunikasi bernilai RM51,500

KOTA KINABALU: Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Filipina kerana disyaki terbabit kes curi kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di bandar raya ini membabitkan kerugian RM51,500. Keempat-empat suspek ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi beberapa siri serbuan, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten, Asisten […]

Padah ‘uji kelajuan’ kereta atas jalan, 2 lelaki ditahan

KOTA KINABALU: Dua lelaki ditahan dipercayai berlumba di Jalan Tun Fuad Stephen, depan sebuah hotel, di sini, kelmarin. Mereka ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah. JSPT IPK Sabah menerusi Facebook mereka berkata, operasi kira-kira jam 10 malam itu diketuai Pegawai Turus (PT), Asisten […]

Isteri maut ditikam suami di Kepayan

KOTA KINABALU: Seorang wanita maut ditikam dengan pisau oleh suaminya selepas mereka bertengkar di sebuah gerai sayur di pasar Jalan Pahlawan, Kepayan, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia lingkungan 30 tahun parah ditikam dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) dan disahkan meninggal dunia. Manakala suami mangsa […]

Lelaki larikan telefon bimbit dicekup polis

TAWAU: Cubaan seorang lelaki melarikan telefon bimbit yang dicuri di Jalan Tawau Lama, di sini, pagi tadi gagal apabila ditahan anggota polis yang berada berdekatan lokasi kejadian. Suspek warga asing berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang menjalankan tugas sekatan jalan raya (SJR) pada 9.50 pagi. Ketua Polis […]

Lelaki meninggal dunia dalam kereta, rakan wanitanya tidak sedarkan diri

SEMPORNA: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia manakala seorang lagi wanita tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan deretan kedai, di tepi stesen bas pekan Semporna, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa lelaki yang merupakan warga asing berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala […]

Lelaki warga asing disyaki rogol kanak-kanak 12 tahun

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di sini, bermula awal bulan ini. Suspek berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai di kawasan kebun kelap sawit persendirian di Kampung Iban, Merotai Besar, di sini, jam 9.50 malam semalam. Ketua Polis Daerah […]

Lima lelaki ditahan terbabit kes curi motosikal, pecah kedai

TAWAU: Kegiatan curi dan meleraikan komponen motosikal di sekitar daerah ini terbongkar susulan penahanan lima lelaki di kawasan Batu 32, Jalan Tawau – Kunak, semalam. Kelima-lima suspek berusia 18 hingga 25 tahun ditahan sepasukan polis diketuai oleh Ketua Balai Polis Balai Bandar Sri Indah, jam 6.30 pagi. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin […]