3 remaja perempuan dirogol selepas rasa vape perisa baru

KOTA KINABALU: Umpan vape perisa baru sebelum merogol tiga remaja perempuan termasuk seorang pelajar sekolah masing-masing berusia 13 tahun. Itulah taktik jahat empat lelaki yang ditahan polis selepas merogol ketiga-tiga mangsa di sebuah rumah tumpangan di kawasan Kampung Air, di sini, 26 April lalu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, […]
Dua maut, satu parah dalam kemalangan dua kenderaan

KOTA KINABALU: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan UMS, dekat University Apartment (UA1), di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa Herman Abdullah, 20, yang memandu Proton Wira Aeroback bersama penumpang wanita yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu Proton Saga, lelaki […]
Warga emas curi motosikal ditahan

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing di rumah tidak bernombor di Batu 4, di sini, semalam selepas disyaki terbabit curi motosikal. Suspek berusia 64 ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau jam 3.30 petang. Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, sejurus menerima laporan berkaitan kejadian curi […]
Satu maut, empat parah kemalangan dua kenderaan

PUTATAN: Seorang lelaki maut manakala empat parah dan dua cedera ringan dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Papar – Kota Kinabalu, dekat sebuah pasar raya, di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Perodua […]
Belanja guna kad ATM orang lain, remaja perempuan dicekup

TAWAU: Tindakan seorang remaja perempuan berbelanja sakan menggunakan kad ATM orang lain menerima padah apabila ditahan polis, semalam. Suspek berusia 19 tahun itu ditahan jam 10 malam di sebuah restoran makanan segera di Taman Megah Jaya, di sini, selepas polis menerima laporan daripada pemilik sebenar kad ATM berkenaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin […]
TLDM, polis musnahkan bom Perang Dunia Kedua di Kota Belud

KOTA KINABALU: Pasukan Pemusnah Bom Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan operasi memusnahkan bom Unexploded Ordnance (UXO) yang dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua di Pulau Mantanani, Kota Belud, Isnin lalu. Jurucakap TLDM melalui kenyataan semalam, kerja memusnahkan bom lama itu dilakukan oleh pasukan berkenaan yang dianggotai Pasukan Selam bersama […]
Jangan keluar, berada di kawasan lapang ketika cuaca hujan, petir – polis

PAPAR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berada di luar rumah terutama di kawasan lapang dalam keadaan cuaca hujan, kilat sabung-menyabung bagi mengelak terkena sambaran petir. Ini susulan kejadian seorang remaja lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia manakala rakannya juga berusia 13 tahun cedera dipanah petir di padang Pekan Papar, di sini, jam 4 petang tadi. […]
Anggota putus kaki kemalangan, Polis Sabah masih siasat – Jauteh

KOTA KINABALU: Polis masih meneruskan siasatan berhubung kemalangan membabitkan anggota polis selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah jip di Jalan Lintas, berhadapan sebuah pasar raya, di sini, pada 15 April lalu. Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, anggota polis berpangkat Koperal yang parah putus kaki kanannya itu masih menerima rawatan di Hospital Queen […]
Lima lelaki ditahan cuba curi kayu arang

TAWAU: Cubaan lima lelaki mencuri kayu arang gagal apabila berjaya ditahan di kawasan kilang di Tanjung Batu Laut Logpond, di sini, Ahad lalu. Kelima-lima suspek berusia 38 hingga 69 tahun ditahan selepas dikesan pengawal pengawal keselamatan sebelum meminta bantuan rakan setugas untuk menahan semua suspek. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak […]
Lelaki tular tumbuk pemandu di jalan raya ditahan polis

LABUAN: Pemandu yang tular menumbuk beberapa kali muka seorang lelaki ketika berada di jalan raya dekat lampu isyarat Jalan Patau-Patau, di sini, 12 April lali ditahan polis, hari ini. Suspek berusia 22 tahun itu ditahan selepas mangsa tampil membuat laporan, sejurus selepas kejadian dia ditumbuk oleh suspek terbabit. Mangsa seterusnya dirujuk ke hospital untuk mendapatkan […]