Lelaki ditahan ugut tikam, potong leher warga emas

TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis selepas mengugut untuk menikam dan memotong leher warga emas di Kampung Sungai Imam, di sini, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa lelaki warga emas berusia 66 tahun didatangi lelaki iaitu suspek dalam keadaan marah di rumahnya. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek […]
Tong racun pun kau curi…

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki memecah masuk sebuah rumah kebun di Kampung Sungai Udin, di sini, semalam. Suspek berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan anggota daripada Balai Polis Bombalai di kawasan kampung berkenaan, kira-kira jam 10 malam. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu […]
Polis bincang isu jenayah bersama Adun Sabah

KOTA KINABALU : Usaha membanteras aktiviti jenayah di negeri bukan hanya terletak di bahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) semata-mata, tetapi ia memerlukan kerjasama semua pihak. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian menangani jenayah di negeri ini perlu dilakukan bersama. Katanya, inisiatif mengadakan program bersama PDRM dengan Ahli Dewan Undangan […]
Pusat hiburan beroperasi tanpa lesen diserbu

PENAMPANG: Kedegilan sebuah pusat hiburan di Jalan Bundusan, di sini, beroperasi tanpa lesen sah mengundang padah apabila diserbu, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, dalam serbuan itu seramai 28 individu yang berada di dalam premis berkenaan diperiksa. “Ketika serbuan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, […]
3 lelaki pukul pengawal keselamatan ditahan

KENINGAU: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki memukul pengawal keselamatan di sebuah ladang sawit di Nabawan, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia antara 25 hingga 47 tahun ditahan selepas menyerah diri di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau. Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Alizam […]
Remaja maut kemalangan di Papar

PAPAR: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Bulatan Benoni – Ulu Kimanis, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Papar. Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, hasil siasatan […]
Polis kesan 5 saksi perbicaraan di mahkamah

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sedang mengesan lima individu yang menjadi saksi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Kelima-lima saksi iaitu Arfiansha Syamsul dikesan berada di alamat terakhir di Jade Garden, Jalan Buli Sim-Sim, Sandakan; Disyam Wadisumayu Zainal, No 110 Felda Umas 4, Blok 3, Wtd 43,91009, Tawau; Syaiful Saripuddin, Kampung […]
Abang disyaki pukul adik hingga mati

KOTA KINABALU: Seorang wanita maut dipercayai dipukul oleh abang kandungnya dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Signal Hill, di sini, pada 4 Mei lalu. Mangsa berusia 25 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri dengan kesan luka yang teruk dan berdarah di muka oleh ayahnya jam 4.30 petang. Mangsa kemudian dihantar ke […]
Remaja lelaki maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Tuaran Bypss, berhampiran Suria Inanam, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Mohammad Rham Mohammad Nasir, 19, yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. Ketua […]
Ketua JSJN Kontinjen Sabah meninggal dunia

KOTA KINABALU: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Asisten Komisioner Polis, Lam Thiam Huat meninggal dunia akibat penyakit kanser usus/perut, tengah malam tadi. Mendiang Thiam Huat, 59, meninggal dunia di Hospital Likas, di sini, jam 12.49 tengah malam. Jenazah mendiang akan dibawa ke Wisma Fook Lu Siew, Kota Kinabalu […]