Search

Pendaki meninggal dunia di Gunung Kinabalu selepas sesak nafas

RANAU: Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika menuruni Gunung Kinabalu bersama isterinya, di sini, awal pagi semalam. Mangsa Alexander Kueh Chek Boo, 46, berasal dari Kuching, Sarawak, disahkan meninggal oleh pasukan perubatan sejurus tiba di Timpohon Gate selepas sebelum itu dia tidak sedarkan diri ketika berada di kilometer 2. Ketua Polis Daerah […]

Pendaki warga Slovakia alami AMS diselamatkan

RANAU: Seorang pendaki warga Slovakia diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami ‘Acute Mountain Sickness’ (AMS) ketika mendaki gunung di Kilometer 4, Layang-Layang, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 68 tahun itu dilaporkan mengalami masalah kesukaran untuk bernafas. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba […]

PENDAKI TERSELIUH, SAKIT PERUT DISELAMATKAN

RANAU: Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) menyelamatkan seorang pendaki Gunung Kinabalu selepas bahu terseliuh dan sakit bahagian perut di Kilometer 5.7 Gunung Kinabalu, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, pendaki wanita terbabit berusia 44 tahun dilaporkan sukar bergerak dan terpaksa dibawa turun untuk rawatan lanjut. Jurucakap Pusat Gerakan […]

MOSAR SELAMATKAN 2 PENDAKI ALAMI DEMAM MELAMPAU, CEDERA

RANAU: Dua pendaki Gunung Kinabalu yang mengalami demam melampau dan tangan terseliuh diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar) dalam dua kejadian berasingan, di sini, hari ini. Kejadian pertama dilaporkan berlaku kira-kira jam 11 pagi apabila seorang lelaki berusia 35 tahun dilaporkan mengalami demam melampau di Laban Rata dan perlu dibantu untuk turun. Jurucakap […]

MOSAR BANTU PENDAKI TERSELIUH

RANAU: Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR), hari ini, membantu seorang pendaki yang mengalami kecederaan di kilometer 5.8, Panalaban, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lelaki warga tempatan berusia 27 tahun terbabit dilaporkan terseliuh buku lali kaki kirinya dan terpaksa dibawa turun untuk mendapatkan rawatan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) […]

MOSAR BANTU PENDAKI CEDERA DI GUNUNG KINABALU

RANAU: Seorang lelaki yang cedera di kepala selepas terjatuh ketika menuruni Gunung Kinabalu diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR), di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, lelaki tempatan terbabit dilaporkan cedera di kepala selepas terjatuh di kilometer 7.8 di gunung terbabit. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan […]