Search

Ditahan kurang 24 jam selepas curi lampu solar

TAWAU: Tidak sampai 24 jam selepas disyaki mencuri enam set panel lampu solar di Jalan PPRT Taman Sri Bukit, di sini, dua lelaki warga asing ditahan polis, kelmarin. Suspek berusia 31 dan 50 tahun itu ditahan susulan laporan polis dibuat oleh orang awam, pada jam 4.35 petang. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin […]

Warga asing tunggang motosikal curi ditahan

TAWAU: Seorang lelaki warga asing yang berkelakuan mencurigakan ditahan ketika menunggang motosikal sehingga membawa kepada penemuan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang, semalam. Suspek berusia 23 tahun itu ditahan kurang 24 jam selepas pemilik motosikal membuat laporan polis mengenai kehilangan motosikalnya di hadapan bangunan sebuah bank di daerah ini, pada 10 pagi hari yang sama. Ketua […]

Individu cetus kegusaran berkait kes bunuh di Semporna akan diambil tindakan tegas

SEMPORNA: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat sehingga menyebabkan kegusaran awam. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendant Mohd Farhan Lee Abdullah juga menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyiarkan serta menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih. Katanya, perbuatan ini boleh mengganggu siasatan polis berkenaan kes […]

Tiada cubaan culik kanak-kanak di Penampang – Polis

PENAMPANG: Polis mengesahkan tiada cubaan penculikan membabitkan seorang kanak-kanak seperti yang didakwa berlaku di daerah ini oleh seorang wanita menerusi media sosial termasuk di Facebook. Kenyataan dakwaan cubaan menculik oleh dua individu terhadap kanak-kanak berusia tujuh tahun di sebuah pusat beli belah di sini ditularkan sejak semalam. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, […]

Lelaki dicekup kurang 13 jam selepas pecah masuk kedai runcit di Tawau

TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis tidak sampai 13 jam selepas disyaki memecah masuk sebuah kedai runcit di Apas Parit, di sini, semalam. Kejadian itu dilaporkan oleh pemilik kedai pada jam 6 pagi. Suspek berusia 23 tahun itu berjaya ditahan kira-kira 5.30 petang. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak atas laporan itu, […]

Pendaki meninggal dunia di Gunung Kinabalu selepas sesak nafas

RANAU: Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika menuruni Gunung Kinabalu bersama isterinya, di sini, awal pagi semalam. Mangsa Alexander Kueh Chek Boo, 46, berasal dari Kuching, Sarawak, disahkan meninggal oleh pasukan perubatan sejurus tiba di Timpohon Gate selepas sebelum itu dia tidak sedarkan diri ketika berada di kilometer 2. Ketua Polis Daerah […]

Dua ditahan selepas pukul majikan kerana lewat dibayar gaji

KOTA KINABALU: Polis menahan dua individu dan mengesan dua lagi rakan mereka selepas dipercayai terbabit memukul pengarah projek pembinaan sebuah syarikat swasta di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), semalam. Beberapa video kejadian itu turut tular di media sosial dan ianya dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati pekerja binaan terbabit kerana lewat dibayar gaji oleh […]

Polis giat kesan 3 suspek samun, pecah masuk Pejabat Imigresen Tenom

TENOM: Polis sedang memburu tiga individu memecah masuk Pejabat Imigresen Tenom dan menyerang pengawal keselamatan hingga cedera, Khamis lalu. Dalam kejadian jam 1.11 pagi itu, mangsa lelaki warga tempatan berusia 29 tahun turut diikat oleh suspek yang bertopeng. Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, siasatan awal mendapati ketika mangsa sedang membuat rondaan […]

Maut terjatuh dari tingkat 5 bangunan pusat beli belah

KOTA KINABALU: Pengunjung sebuah pusat beli di Jalan Lapan Belas, di sini, hari ini digemparkan dengan kejadian seorang lelaki terjatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan. Dalam kejadian jam 3.24 petang itu, lelaki warga tempatan berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner […]

Pengedar dadah langgar dua polis ditembak mati

LAHAD DATU: Seorang pengedar dadah ditembak mati selepas melanggar dua anggota polis yang cuba menahannya di tepi jalan, Jalan Plum Oil Industrial Cluster (POIC) Phase 2, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bertindak cuba menahan sebuah kereta jenis […]