Search

Cemburu punca lelaki tikam isteri hingga mati

UPDATE KOTA KINABALU: Cemburu dipercayai punca seorang lelaki menikam hingga mati isterinya dalam kejadian di sebuah gerai sayur di Jalan Pahlawan, Kepayan, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa bekerja sebagai pembantu kedai makanan berusia 38 tahun parah ditikam dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) dan disahkan meninggal […]

Dron polis temui mangsa terapung

PUTATAN: Selepas hampir 16 jam hilang, mayat seorang lelaki yang dilaporkan hanyut ketika menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh bersama kereta miliknya di sungai Kampung Imbahan, di sini, ditemui pagi tadi. Mayat Lasibi Lawahidu, 40, ditemui jam 9.15 pagi pasukan penyelamat dengan menggunakan dron dari Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan […]

Mayat remaja perempuan ditemui dalam semak, berlumpur dipercayai dibunuh

SANDAKAN: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai mangsa bunuh ditemui di dalam semak dan berlumpur di Kampung Forest, di sini, hari ini. Mayat remaja berusia 15 tahun itu ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Fuad Abdul Malek berkata, sejurus pihaknya menerima laporan mengenai kejadian […]

Potong secara bahaya dipercayai punca nahas tiga beradik maut

LAHAD DATU: Tindakan pemandu pacuan empat roda memotong kenderaan dihadapannya secara berbahaya dipercayai punca kemalangan maut di Kilometer 30, Jalan Lahad Datu-Tungku, semalam. Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, tiga beradik termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang menaiki motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bertembung kereta Mitsubishi Triton. Mangsa iaitu Ellaine Sappari, 4, […]

KES BUNUH – TUJUH TERMASUK PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIHADAP KE MAHKAMAH

TAWAU: Enam individu termasuk pegawai dan anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang juga pemandu e-hailing. Mereka yang dihadapkan ke mahkamah ialah Rosdi Rastam, 44; Dennis Anak Enit, 44; Fabian Anak Rungam, 43; Khairul Azman Bakar, 47; Mohd Azlan Sakaran, 39, dan seorang orang awam, […]

23 DISYAKI TERBABIT JENAYAH DITAHAN DI TAWAU

TAWAU: Polis di sini menahan 23 individu termasuk empat wanita dalam operasi pencegahan jenayah yang dijalankan di sekitar daerah ini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, operasi pencegahan jenayah berkenaan akan diadakan secara berterusan meliputi seluruh kawasan di daerah ini. “Dalam operasi selama tiga hari itu, seramai 15 lelaki dan […]

TIGA DITAHAN CUBA SELUDUP PETROL

SEMPORNA: Polis menahan tiga lelaki warga asing selepas dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan minyak petrol bersubsidi dalam operasi di sebuah stesen minyak di pekan daerah ini, kelmarin. Dalam operasi jam 8 pagi itu, ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 32 tahun terbabit dikesan sedang giat mengisi minyak petrol ke dalam gelen yang dibawa. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati, […]

TIGA PEMANDU MABUK DITAHAN

PENAMPANG: Tiga pemandu ditahan selepas disahkan memandu dengan paras alkohol tinggi dalam operasi di Jalan Kota Kinabalu – Penampang, di sini, malam tadi. Dalam operasi Op Mabuk bermula jam 11 malam itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang turut mengeluarkan 54 saman atas pelbagai kesalahan. Ketua Polis Daerah Penampang, […]

AKSI ‘STUNT’ BAWA PADAH, REMAJA DICEKUP POLIS

PENAMPANG: Seorang remaja lelaki mempamerkan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di Jalan Kota Kinabalu-Putatan, di sini, ditahan polis, semalam. Remaja berusia 18 tahun terbabit ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, dalam operasi ‘Op Samseng Jalanan’ yang dijalankan, semalam. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, operasi […]

KEHILANGAN JUDE ANGEL TIADA UNSUR PENCULIKAN

BEAUFORT: Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, kehilangan adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang di Kampung Saliwangan Baru, Batu 66, sejak Sabtu lalu tiada kaitan dengan unsur penculikan. “Polis sudah menjalankan siasatan menyeluruh sejak hari pertama menerima laporan kehilangan kanak-kanak berkenaan. “Ia termasuklah mengambil keterangan daripada ibu bapa […]