Search

MAYAT REPUT DALAM BELUKAR DI JALAN PENAMPANG-TAMBUNAN

PENAMPANG: Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui di kilometer 39, Kampung Tudan Poring, Jalan Penampang – Tambunan, semalam, adalah seorang lelaki. Bagaimanapun, mayat yang ditemui kira-kira jam 2.20 petang itu ditemui tanpa sebarang identiti pengenalan diri. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian. […]

KANAK-KANAK 3 TAHUN DITEMUI MATI DALAM PARIT

BEAUFORT: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang, di Kampung Kuridak Gadong, di sini ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam parit, pagi tadi. Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Qays Izhar Abd Halim ditemui pasukan operasi pada jam 10.23 pagi tadi, kira-kira 70 meter dari kawasan dia dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi […]

ENAM PELAJAR DISYAKI BELASAH SEORANG PELAJAR LAIN DITAHAN

KOTA KINABALU: Enam pelajar sebuah sekolah menengah di Inanam, dekat sini, ditahan selepas dipercayai terbabit memukul seorang pelajar lain, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah berkata, kesemua suspek yang berusia antara 13 hingga 16 tahun terbabit ditahan selepas bapa mangsa membuat laporan polis, semalam. Katanya, seorang lagi perempuan berusia 17 tahun […]

POLIS CARI LIMA SAKSI PERBICARAAN KES KEKERASAN

KOTA MARUDU: Polis mencari lima saksi pendakwaan membabitkan kes jenayah kekerasan yang dibicarakan di Mahkamah Majistret, di sini, untuk hadir pada prosiding perbicaraan Ogos depan. Kelima-lima individu terbabit ialah Haimi Tani, Syam Mubin, Alamani Nasalti, Jamaldi Annasi dan Sarata Nasir. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, kes berkenaan kini dibicarakan mengikut Seksyen […]

TIGA PEMANDU MABUK DITAHAN

PENAMPANG: Polis menahan tiga pemandu selepas disahkan memandu dengan paras alkohol tinggi dalam operasi di Jalan Kota Kinabalu – Penampang, di sini, malam tadi. Dalam operasi bermula jam 11 malam itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang turut mengeluarkan 13 saman atas pelbagai kesalahan. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi […]

DUA LELAKI DITAHAN BERSAMA LEBIH 6 KILOGRAM SYABU

TAWAU: Polis menahan dua lelaki tempatan bersama lebih enam kilogram syabu dalam satu serbuan di daerah ini, pada 14 Jun lalu. Dalam operasi jam 3.55 petang itu, semua dadah berkenaan disembunyikan di dalam kotak gabus dan dibungkus dengan enam plastik bertulis ‘Ecological Rice’. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Husin berkata, semua dadah berkenaan […]

CUBA SOGOK POLIS RM650, PEMEGANG IMM13 DITAHAN SPRM

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas cuba merasuah pegawai polis RM650 bagi melepaskan diri selepas didapati memandu tanpa lesen. Menurut sumber, suspek berusia 38 tahun yang juga pemegang pas IMM13 terbabit ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 5.30 petang tadi. Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi […]

PADAH CUBA RASUAH POLIS, DUA LELAKI DITAHAN

KOTA KINABALU: Polis menahan dua lelaki yang cuba memberi rasuah supaya dilepaskan selepas mereka melanggar peraturan jalan raya dalam kejadian di Bulatan Yayasan Sabah, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, kedua-dua lelaki terbabit yang menaiki Proton Wira pada awalnya ditahan selepas didapati cuba membuat pusingan secara melawan arus. Ketua Polis Daerah […]

CUBA LARI SEKATAN JALAN RAYA, KEGIATAN PENAGIHAN DADAH TERBONGKAR

KOTA KINABALU: Ekoran tindakan seorang lelaki meninggalkan kenderaan sewaktu melalui pemeriksaan jalan membawa kepada pembongkaran kegiatan penagihan dadah dalam kejadian di Jalan Tuaran Bypass, di sini, semalam. Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya ditahan sebelum didapati memiliki kertas timah dan satu tiub plastik berisi sisa hablur jernih disyaki syabu dalam operasi jam 2.30 petang itu. Ketua Jabatan […]

POLIS SERBU PUSAT HIBURAN TANPA LESEN DI KENINGAU

KENINGAU: Polis Keningau menahan seorang wanita yang juga penjaga sebuah premis hiburan di pekan Keningau selepas didapati beroperasi tanpa lesen, semalam. Dalam operasi jam 2.20 pagi itu, seramai 107 pengunjung pusat hiburan sama turut diperiksa namun tiada sebarang penahanan dibuat selepas didapati tidak melakukan sebarang kesalahan. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Polis Nor Rafidah […]