Search

HINA UNDUK NGADAU, PESTA KAAMATAN – LAPORAN POLIS DIBUAT

KOTA KINABALU: Satu laporan polis dibuat Jawatankuasa Unduk Ngadau peringkat Negeri berhubung kenyataan dikeluarkan di laman sosial Facebook yang menghina dan memperlekehkan peserta pertandingan berkenaan dan Pesta Kaamatan. Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Joanna Kitingan berkata, kenyataan yang dibuat seorang lelaki amat menyinggung perasaan kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR). Malah katanya, kenyataan yang dikeluarkan berkenaan […]

POLIS AKAN PASTIKAN KESELAMATAN DI KDCA TERKAWAL

PENAMPANG: Polis Penampang akan berusaha memastikan aspek keselamatan sepanjang tempoh sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, berjalan lancar. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya sudah menyusun atur gerak kerja dan penugasan bagi memastikan semua aspek membabitkan keselamatan terkawal. Katanya, pihak turut memohon bantuan […]

GADUH RAMAI-RAMAI DI SANDAKAN, 21 PELAJAR DITAHAN

SANDAKAN: Polis menahan 21 pelajar dan seorang bekas pelajar yang dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan di sini, yang tular di media sosial, semalam. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, semua yang ditahan berusia lingkungan 14 hingga 18 tahun. Katanya, mereka yang terbabit dalam insiden ini membabitkan tiga sekolah menengah berasingan […]

TIGA KANAK-KANAK BERSAUDARA DITEMUI LEMAS

KOTA KINABALU: Cubaan dua kanak-kanak warga asing mahu menyelamatkan seorang lagi ahli keluarga yang terjatuh ke dalam parit besar di Kampung Bunga Raya, Kepayan berakhir tragedi apabila semua mereka ditemui lemas pada Isnin. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata,semua kanak-kanak perempuan berusia lingkungan lima hingga 12 tahun berkenaan disahkan meninggal […]

KES GADUH DI KOTA BELUD, POLIS BURU DUA LELAKI

KOTA BELUD: Polis sedang giat memburu dua lelaki yang terbabit dalam satu rakaman pergaduhan sehingga merosakkan sebuah kenderaan yang tular di media sosial sejak semalam. Kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.40 petang di kawasan tepi jalan berhampiran Restoran Gula Apong, di sini. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya mengesan video […]

PERGADUHAN PELAJAR DI SANDAKAN, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN

SANDAKAN: Polis akan menyiasat kejadian sekumpulan pelajar sekolah menengah bergaduh sesama sendiri yang dipercayai berlaku di Sandakan. Video pergaduhan itu turut tular di media sosial dan siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku di Jalan Elopura, dekat sini. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca […]

SUSPEK KES TETAK BAYI DIPERCAYAI ADA MASALAH KEMURUNGAN

KOTA KINABALU: Polis percaya, suspek kes tetak yang menyebabkan kematian bayi berusia enam bulan dan mencederakan anak saudara di Kinabatangan adalah disebabkan kemurungan. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan awal mendapati suspek menghadapi masalah kemurungan sejak dua tahun lalu dan dipercayai tidak diberikan perhatian oleh ahli keluarganya. “Keadaan ini dipercayai menyebabkan suspek […]

DUDA DICEKUP BERSAMA 10 BUNGKUS SYABU

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memiliki 10 bungkusan dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat 10.4 kilogram. Semua dadah yang dibungkus menggunakan pek teh cina berkenaan dianggarkan bernilai RM360,000 berdasarkan harga pasaran semasa. Suspek yang berstatus duda berusia 40 tahun terbabit ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) […]

POLIS TEMBAK KERETA PENJENAYAH

BEAUFORT: Tindakan dua penjenayah yang cuba merempuh anggota polis menyebabkan beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah tayar kereta dinaiki mereka dalam kejadian di Kampung Limbawang, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika pemerhatian dijalankan sepasukan polis di sebuah rumah tidak bernombor […]