Bersubahat lepaskan PTI: 2 pegawai imigresen mengaku tidak bersalah

TAWAU: Dua pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini atas pertuduhan rasuah dan bersubahat kerana melepaskan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan MyKad individu lain bagi memudahkan perjalanan keluar dari Sabah ke Semenanjung Malaysia, pada dua bulan lalu. Kedua-dua tertuduh Rosmaini Sapar, 40, dan Elmin Salleh, 30, […]
Pesara tentera mengaku tidak bersalah terima rasuah RM15,000

KOTA KINABALU: Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM15,000 sebagai ganjaran untuk mengeluarkan surat tawaran kerja pembersihan Kem 5 Briged, di sini, pada 2014. Tertuduh, Azman Ariffin, 62, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Jason Juga ketika selepas pertuduhan dibacakan kepadanya, hari ini. […]
Anggota Maritim Malaysia didenda RM5,000 kerana minta rasuah

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas dia mengaku bersalah meminta suapan daripada seorang pemilik kapal yang ditahannya di perairan Sepanggar, di sini, pada 2021. Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara enam bulan jika tertuduh gagal membayar […]
Lelaki didakwa beri rasuah polis RM650

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, hari ini, atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai kanan polis sebanyak RM650 pada 19 Jun 2022. Tertuduh, Ghani Ahmad, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba merasuah pegawai kanan polis berpangkat […]
PENJAWAT AWAM BERI RASUAH RM7,000 DITAHAN SPRM

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam di Beluran, kerana memberi wang rasuah kepada seorang pengadu sebagai dorongan untuk menarik satu laporan polis terhadapnya. Suspek berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan, hari ini. Sumber berkata, suspek disiasat polis mengikut Seksyen 395 Kanun […]
WANITA TIDAK MENGAKU SALAH GUNA DOKUMEN PALSU POHON PROJEK

KOTA KINABALU: Seorang bekas pemilik syarikat mengaku tidak bersalah menggunakan dokumen palsu bagi memohon pembiayaan projek pembersihan bernilai RM150,000 pada 2014 ketika dihadapkan di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Tertuduh, Sarah Diana Michele Durai, 44, berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun […]
CUBA SOGOK POLIS RM650, PEMEGANG IMM13 DITAHAN SPRM
KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas cuba merasuah pegawai polis RM650 bagi melepaskan diri selepas didapati memandu tanpa lesen. Menurut sumber, suspek berusia 38 tahun yang juga pemegang pas IMM13 terbabit ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 5.30 petang tadi. Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi […]
PANDANG SERIUS KES PEMALSUAN PENGISYTIHARAN CUKAI JUALAN – SKN
KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, memaklumkan kerajaan Sabah memandang serius berkaitan kes tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan penjawat awam negeri didakwa melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah. “Kita akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung siasatan agensi berkenaan. “Saya juga sudah mengarahkan Kementerian Kewangan negeri untuk meneliti […]
BARANG KEMAS JUTAAN RINGGIT ‘TIDAK NORMAL’ UNTUK INDIVIDU TAPI BUKAN MUSTAHIL, KATA SAKSI
KOTA KINABALU: Saksi ke-21 perbicaraan kes rasuah membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), hari ini, memberitahu Mahkamah Khas Rasuah, di sini, yang jumlah barang kemas termasuk jam tangan dan tiga pen berjenama yang dirampas dalam kes itu bernilai kira-kira RM5.13 juta. Siow Der Ming yang juga pengurus syarikat Poh Kong Holding Berhad berkata, adalah ‘tidak […]
DUA AKAUN MILIK ISTERI BEKAS PENGARAH JANS DIBEKUKAN, KATA SAKSI
KOTA KINABALU: Saksi ke-20 perbicaraan kes rasuah membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Salimah Lamat, hari ini, memberitahu mahkamah dua akaun bank yang mempunyai baki berjumlah RM84,654.84 milik tertuduh kedua Fauziah Piut telah dibekukan pada 8 Oktober 2016. Salimah Lamat yang juga penolong pengurus Bank Rakyat Berhad cawangan Kota Kinabalu berkata, pembekuan itu dibuat selepas […]