Search

24 SEKOLAH DITUTUP, 4,526 MURID TERJEJAS AKIBAT BANJIR

KOTA KINABALU: Jumlah sekolah yang terkesan akibat banjir di Sabah terus meningkat apabila sebanyak 24 buah sekolah terpaksa ditutup buat sementara waktu. Pengarah Pendidikan negeri, Mistrine Radin berkata, penutupan sekolah itu membabitkan 17 buah di Beaufort dan tujuh buah di Tenom “Jumlah murid yang terjejas akibat penutupan sekolah itu ialah seramai 4,526 orang manakala jumlah […]

TERKILAN BARANGAN KEPERLUAN AIDILFITRI MUSNAH AKIBAT BANJIR

BEAUFORT: “Sebagai ibu, sudah tentu saya sedih semua barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri musnah akibat banjir. “Tetapi saya bersyukur dapat menyelamatkan diri bersama empat orang anak ke pusat pemindahan sementara ini,” kata salah seorang mangsa banjir, Normin Nordin, 31. Berasal dari Kampung Bakalau, Normin berkata, perasaan sedih pastinya ada kerana baru sahaja menyambut kedatangan Syawal […]

BAYI MAUT DITETAK DATUK SAUDARANYA

KINABATANGAN: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut akibat tetakan di kepala manakala ibunya parah selepas diserang datuk saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Ubi Sungai Pauh, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, telinga kiri mangsa berusia 35 tahun itu juga dilaporkan hampir putus akibat serangan lelaki terbabit. Ketua […]

POLIS TEMBAK KERETA PENJENAYAH

BEAUFORT: Tindakan dua penjenayah yang cuba merempuh anggota polis menyebabkan beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah tayar kereta dinaiki mereka dalam kejadian di Kampung Limbawang, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika pemerhatian dijalankan sepasukan polis di sebuah rumah tidak bernombor […]

REMAJA DITEMUI MATI LEMAS DI KENINGAU

BEAUFORT: Seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai Kampung Baru Durok, Keningau, Sabtu lalu, ditemukan lemas semalam. Mangsa dikenali sebagai Al Sharil, 16, ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Padas Kampung Labi Gadong, di sini, oleh orang awam sebelum melaporkannya kepada pihak bomba kira-kira 5 petang. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba […]

PENUBUHAN JAWATANKUASA SOLIDARITI GRS-BN BELUM SAMPAI KE PERINGKAT PERBINCANGAN PARTI

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua UMNO, Datuk Yakub Khan memaklumkan perkara berkaitan penubuhan Jawatankuasa Kerjasama Solidariti GRS-BN belum sampai ke peringkat perbincangan parti itu ketika ini. “Dalam kolaborasi GRS ini, ia belum sampai ke peringkat perbincangan bersama Barisan Nasional (BN). “Di pihak GRS mungkin sudah mengambil langkah untuk berfikir tentang hala tuju GRS tetapi belum lagi […]

18 KAMPUNG TERJEJAS AKIBAT BANJIR DI TENOM, ENAM PPS MULA DIBUKA

TENOM: Sebanyak enam Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka selepas 18 kampung di daerah ini dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda sejak petang semalam. Setakat ini, paras air di daerah ini juga mencatatkan paras bahaya apabila mencecah ketinggian 177.40 meter setakat jam 9.30 pagi tadi. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) […]

36 KAMPUNG DI BEAUFORT DILANDA BANJIR

BEAUFORT: Sebanyak 36 buah kampung di sekitar daerah ini dilanda banjir berikutan limpahan air Sungai Padas yang melepasi paras bahaya, hari ini. Limpahan air sungai terbabit berlaku susulan hujan berterusan di kawasan hulu khususnya di daerah pedalaman sejak beberapa hari lalu. Kampung yang terlibat ialah Batu 58, Batu 60, Batu 65, Jempangah, Binunuk, Balibata, Kuarters […]

16,376 SAMAN DIKELUARKAN SEPANJANG OP SELAMAT DI SABAH

KOTA KINABALU: Sebanyak 16,376 saman dikeluarkan Polis Sabah membabitkan pelbagai kesalahan trafik sepanjang 10 hari Op Selamat 18 dilaksanakan bermula 28 April sehingga 8 Mei lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, jumlah berkenaan menunjukkan penurunan berbanding Ops Selamat 15 yang mencatatkan sebanyak 16,969 saman dikeluarkan. “Kes kemalangan pula menunjukkan peningkatan tujuh peratus iaitu […]

PERINTAH BERKURUNG DILANJUTKAN SEHINGGA 25 MEI DEPAN

KOTA KINABALU: Perintah berkurung membabitkan kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini bakal dilanjutkan bermula 11 sehingga 25 Mei depan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung berkenaan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. “Perintah berkurung ini dilanjutkan untuk memastikan kawasan […]