Search

KUDAT BERPOTENSI JADI TARIKAN UTAMA PELANCONGAN DESA

KUDAT: Kecantikan alam semula jadi serta pulau-pulau yang mempunyai cerita unik tersendiri antara daya tarikan pelancongan luar bandar berpotensi untuk dimajukan di daerah Kudat. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayan, dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, Kudat digelar sebagai “Bali of Borneo” disebabkan persamaan aktiviti produk pelancongan yang mampu menarik pelancong luar negara sekiranya dikembangkan. […]

LINDUNGI PEMALSUAN PENGISYTIHARAN CUKAI JUALAN, LELAKI BERGELAR DATUK DITAHAN SPRM

KOTA KINABALU: Seorang lelaki bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan tindakan melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF). Suspek berusia 66 tahun yang juga bekas penjawat awam ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi […]

KILOMETER 19.2 JALAN RANAU-KIULU DITUTUP AKIBAT RUNTUH

TUARAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan Jalan Pulak Pahu Nulu di kilometer 19.2 yang dilaporkan runtuh ekoran kegagalan cerun hingga mengakibatkan jalan menghubungkan daerah Ranau dan Kiulu terpaksa ditutup. Pengarahnya, Datuk Ir Ali Ahmad Hamid berkata, kejadian tanah runtuh berkenaan menyebabkan sebahagian laluan di kawasan berbukit yang menghubungkan Kampung Lokos dan Kampung Pahu runtuh. […]

KERJASAMA KERAJAAN NEGERI, PENGAMAL MEDIA BAWA PEMBANGUNAN SABAH

KOTA KINABALU: Kerjasama kerajaan negeri bersama pengamal media di negeri ini dilihat suatu usaha berterusan membawa pembangunan kepada Sabah. Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri (JKM), Datin Lucy Irene Yong berkata, liputan meluas media samaada media cetak, elektronik atau portal memberi makna dalam aspek membolehkan rakyat umum mengetahui dan memahami objektif dan pencapaian selaras […]

LAPAN PATI DIBERKAS DI KAMPUNG TITINGAN

TAWAU: Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menyusup masuk ke daerah ini berjaya ditahan Tim Quick Reaction Force (QRF) dalam operasi di Kampung Titingan, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, semua PATI berusia lingkungan dua hingga 40 tahun terbabit mengaku berasal dari Pulau Sebatik, Indonesia dan masuk ke Sabah untuk […]

EWON MEMBAYANGKAN AKAN TANDING JAWATAN PRESIDEN UPKO

KOTA BELUD: Naib Presiden Upko Datuk Ewon Benedick, hari ini, memberi bayangan yang beliau akan bertanding merebut jawatan presiden pada pemilihan parti akan datang. “Saya tidak mencabar kepimpinan sesiapa, tetapi saya ingin menawarkan rekod kepimpinan saya di Kadamaian kepada ahli-ahli parti. “Sekiranya mereka merasakan rekod ini boleh diangkat menjadi inspirasi baharu kepada parti, dan jika […]

SRIKANDI BERSATU SABAH KENALPASTI EMPAT CALON WANITA BERTANDING PRU15

KOTA KINABALU: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menyatakan sudah mengenalpasti calon wanita untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15). Ketua Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata semua calon berkenaan adalah membabitkan empat kerusi termasuklah di sebelah utara, pantai timur dan pedalaman Sabah. “Semua calon itu adalah dalam kalangan mereka […]

‘PONDOHAN’ HARAM DIROBOH, ELAK JADI LOKASI PERSINGGAHAN PENJENAYAH

KUDAT: Ops Gasak Laut di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan, dekat sini bakal dilancarkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam usaha merobohkan sejumlah ‘pondohan’ atau struktur haram dipercayai menjadi lokasi persinggahan penjenayah rentas sempadan. Komander ESSCOM, Deputi Komisioner, Hamzah Ahmad berkata, Op Gasak Laut Siri 1/2022 itu akan dilancarkan pada 18 Mei depan […]

BANJIR SABAH MAKIN PULIH, 707 MANGSA MASIH DI TUJUH PPS

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir bagi daerah Beaufort dan Tenom menurun pagi ini kepada 707 orang berbanding 1,435 mangsa semalam. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan semua mangsa berkenaan daripada 323 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir sejak Isnin lalu dansemua mangsa banjir di dua daerah terbabit kini masih ditempatkan di […]

DUDA DICEKUP BERSAMA 10 BUNGKUS SYABU

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memiliki 10 bungkusan dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat 10.4 kilogram. Semua dadah yang dibungkus menggunakan pek teh cina berkenaan dianggarkan bernilai RM360,000 berdasarkan harga pasaran semasa. Suspek yang berstatus duda berusia 40 tahun terbabit ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) […]