Polis mohon bantuan kesan Gan Ka Keat

SEMPORNA: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak Isnin lalu. Mangsa Gan Ka Keat dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Perigi, di sini, jam 12 tengah hari dengan memakai t-shirt lengan dan seluar pendek warna hitam, bertopi serta memakai selipar. Ketua Polis Daerah […]
RM400,000 UNTUK BINA SEMULA JAMBATAN, JETI PULAU PABABAG

KOTA KINABALU: Sebanyak RM400,000 peruntukan diberikan bagi pembinaan semula jambatan serta jeti Pulau Pababag yang runtuh, baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah menyerahkan Surat Arahan Pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna agar projek bina semula itu dapat […]
MASJID MUSNAH TERBAKAR DI SEMPORNA

SEMPORNA: Sebuah masjid musnah dalam kebakaran di Kampung Pulau Larapan Hujung, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, masjid jenis separuh kekal berkeluasan 185 meter persegi terbabit terbakar hampir 90 peratus. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam […]
TIGA DITAHAN CUBA SELUDUP PETROL

SEMPORNA: Polis menahan tiga lelaki warga asing selepas dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan minyak petrol bersubsidi dalam operasi di sebuah stesen minyak di pekan daerah ini, kelmarin. Dalam operasi jam 8 pagi itu, ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 32 tahun terbabit dikesan sedang giat mengisi minyak petrol ke dalam gelen yang dibawa. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati, […]
105 PENGEMIS TERMASUK KANAK-KANAK PALAUH DITAHAN
KOTA KINABALU: Seramai 105 kanak-kanak dan orang dewasa dikenalpasti daripada suku kaum Palauh dan tidak memiliki kewarganegaraan ditahan dalam Operasi Bersepadu Kanak-Kanak dan Pengemis Jalanan yang dijalankan di pusat bandar raya, semalam. Operasi berkenaan diselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) […]
LAGI CUBAAN SELUDUP MINYAK MASAK BERSUBSIDI GAGAL
SEMPORNA: Satu lagi cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), di perairan ini, pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, bot peronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran yang bergerak dalam keadaan mencurigakan di lokasi 0.5 batu nautika utara Pulau Kulapuan, […]
DUA WARGA ASING MAUT DITETAK
SEMPORNA: Dua lelaki warga asing maut selepas ditetak dalam satu pergaduhan di kawasan berhampiran sebuah gereja, di Ladang Pinang, Kalumpang, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang maut berusia 52 dan 57 tahun manakala suspek yang berjaya ditahan selepas pergaduhan itu berusia 29 tahun. Difahamkan, kejadian berlaku selepas berlalu perselisihan antara […]
11 PATI DIHALANG, DIUSIR PGA SEMPORNA
SEMPORNA: Pasukan Gerakan Am (PGA) menghalang seterusnya mengusir 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi Op Taring yang dijalankan, di sini, Khamis lalu. Dalam operasi jam 12.30 tengah hari itu, semua warga asing terbabit dikesan ketika menaiki sebuah bot laju yang sedang bergerak ke arah Semporna. Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul […]
CUBAAN SEKUMPULAN WARGA ASING MENYELINAP MASUK SABAH GAGAL
SEMPORNA: Cubaan empat lelaki, tiga wanita dan tiga kanak-kanak warga asing yang cuba menyelinap masuk ke daerah ini menerusi Laut Mantabuan, di sini, gagal apabila berjaya dihalang Pasukan Polis Marin (PPM). Dalam kejadian jam 9 pagi itu, kehadiran bot berkenaan disedari pasukan PPM yang sedang menjalankan operasi pencegahan penularan Wabak Covid-19 di sekitar perairan daerah […]
LELAKI TERJUN LAUT ELAK DICEKUP, BOT SARAT DENGAN MUATAN MINYAK MASAK
SEMPORNA: Seorang lelaki nekad terjun ke dalam laut bagi mengelak ditahan pihak berkuasa selepas bot pam yang dikemudinya sarat dengan muatan hampir satu tan minyak masak. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi semalam itu, bot pam itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota bot peronda Maritim Malaysia Semporna di lokasi 0.7 batu nautika timur […]