Search

KANAK-KANAK OKU HILANG DITEMUI SELAMAT

TAWAU: Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang tengah hari tadi, ditemui selamat di kawasan hutan di Kampung Jawa Lanut, di sini, malam tadi. Muhammad Fakhri Zhafrah Afandi Muhammad Maulidin yang berusia 7 tahun ditemui kira-kira 100 meter dari rumahnya pada jam 7.16 malam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John […]

MARITIM TAWAU RAMPAS 32 KILOGRAM SYABU BERNILAI RM1.76 JUTA

TAWAU: Lebih 32 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.76 juta dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau dalam siri operasi di perairan Inderasabah, di sini, semalam. Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan bergerak dalam keadaan gelap […]

DUA LELAKI DITAHAN BERSAMA LEBIH 6 KILOGRAM SYABU

TAWAU: Polis menahan dua lelaki tempatan bersama lebih enam kilogram syabu dalam satu serbuan di daerah ini, pada 14 Jun lalu. Dalam operasi jam 3.55 petang itu, semua dadah berkenaan disembunyikan di dalam kotak gabus dan dibungkus dengan enam plastik bertulis ‘Ecological Rice’. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Husin berkata, semua dadah berkenaan […]

DICEKUP KETIKA PECAH MASUK RUMAH SARANG BURUNG

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang memecah masik sebuah rumah sarang burung walit di Kampung Sungai Imam Bombalai, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, suspek berusia lingkungan 20-an terbabit ditahan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dari Balai Polis Bombalai. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner […]

DUA BERANAK RENTUNG, LIMA RUMAH HANGUS KEBAKARAN DI TAWAU

TAWAU: Dua beranak rentung dalam kebakaran yang membabitkan lima buah rumah, di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama, di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam itu, mangsa yang rentung dikenali sebagai Kamisah Mapiasah, 40-an dan ibunya Sadiah Jabar, 70-an. Mereka ditemui rentung dalam sebuah rumah jenis dua tingkat yang turut musnah […]

TERLAJAK REMPUH KAUNTER STESEN MINYAK, SEORANG CEDERA

TAWAU: Seorang pemandu wanita merempuh kaunter selain turut menyebabkan seorang pelanggan di sebuah stesen minyak di Jalan Sin On, di sini, cedera, Ahad lalu. Difahamkan, wanita terbabit dikatakan tertekan pedal minyak yang disangka brek sehingga mengakibat dia hilang kawalan terhadap kenderaan dipandunya Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, kereta Proton Exora yang dipandu wanita berusia […]

BOT KARGO CUBA SELUDUP BARANG KAWALAN, KOSMETIK DITAHAN MARITIM MALAYSIA

TAWAU: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot kargo tempatan yang sarat dengan muatan berlebihan selepas didapati membawa pelbagai barangan kawalan, di kawasan timur laut Sungai Melayu, di sini, semalam. Dalam operasi jam 9.45 malam itu, bot yang dikesan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu turut didapati membawa lebih 100 kotak barangan […]

SINDIKET PENGEDARAN DADAH TUMP, POLIS TAWAU, RAMPAS 7 KILOGRAM SYABU

TAWAU: Lebih tujuh kilogram syabu dirampas susulan kejayaan Polis Tawau menumpaskan sindiket pengedaran dadahdalam operasi di dua lokasi berasingan, di sini pada 25 Mei lalu. Dalam serbuan kira-kira jam 2.10 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan rangkaian sindiket pengedaran dadah. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner […]

KERAJAAN NEGERI LULUSKAN PEMBERIAN GERAN DUA KAMPUNG DI TAWAU

TAWAU: Kerajaan negeri meluluskan pemberian geran tanah kepada duaperkampungan di kawasan Tanjung Batu iaitu Kampung Budaya Pasir Putih dan Kampung Tanjung Batu Laut. Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor menyerahkan warta kampung berkenaan kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Joseph Pang sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Sabah Softwoods Berhad di Pasir Putih, di sini, hari […]

PANIK PUSAT HIBURAN DISERBU, LELAKI MAUT TERJUN BANGUNAN

TAWAU: Akibat panik, seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun daripada tingkat satu bagi mengelak diperiksa pihak berkuasa yang menyerbu sebuah pusat hiburan, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki warga asing berusia 23 tahun terbabit yang ditemui cedera parah disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tawau, hari ini. […]