Search

Lori muatan minyak masak terbalik, pemandu parah

TUARAN: Seorang lelaki cedera parah selepas lori 10 tan membawa muatan minyak masak yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di bahu jalan di Kampung Minangkop, Jalan Tamparuli – Ranau, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat di lokasi kejadian. Ketua Balai […]

Kawasan Ekologi Sensitif kekal dilindungi di bawah Pelan Induk Hutan – KM

SOOK: Kerajaan negeri memastikan Kawasan Ekologi Sensitif (ESA) sentiasa dilindungi di bawah Pelan Induk Hutan yang sedang dirangka sebagai garis panduan pengurusan sumber hutan Sabah bagi tempoh 25 tahun akan datang. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata inisiatif yang dilaksanakan menerusi Jabatan Perhutanan Sabah itu selari dengan aspirasi kerajaan negeri untuk melaksanakan rasionalisasi guna […]

Pemandu Hilux lari selepas rempuh warga emas

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah Toyota Hilux berwarna hitam yang dipercayai terbabit dalam kemalangan maut membabitkan seorang pejalan kaki warga emas di Jalan Sepanggar berhampiran Kampung Sepakat Jaya, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.25 petang itu, mangsa lelaki berusia 69 tahun dilaporkan sedang melintas jalan dari arah kanan ke kiri untuk menuju […]

Acah lari, dua pengedar syabu di Telipok Ria dicekup JSJN

TUARAN: Cubaan seorang lelaki melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis tidak berhasil apabila dia bersama rakannya dicekup dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah di Taman Telipok Ria, di sini, malam tadi. Dalam operasi jam 6.50 petang itu, pasukan JSJN IPK Sabah berjaya merampas 65.04 gram syabu bernilai RM3,252. Ketua […]

100,000 alumni UMS berjaya dalam pelbagai bidang profesional

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) sehingga kini melahirkan lebih 100,000 alumni yang berjaya dalam pelbagai bidang profesional, selain menjadi tenaga pakar berkualiti di peringkat nasional dan antarabangsa. Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, malah berkata ramai graduan UMS kembali berkhidmat sebagai tenaga pengajar di UMS sendiri selain menyumbang kepakaran di universiti lain […]

Lori tangki bawa diesel subsidi kantoi di tepi jalan

TAWAU: Tindakan licik menyimpan 2,000 liter minyak diesel subsidi dalam sebuah lori tangki di tepi Jalan Kampung Aman, Tanjung Batu, di sini, terbongkar selepas dikesan pihak berkuasa, hari ini. Rampasan itu hasil tindakan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau sebelum kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau untuk siasatan […]

Ops Tiris 4.0: 3,300 liter diesel dirampas, aset RM3.5 juta disita

TAWAU: Cubaan menyeludup 3,300 liter minyak diesel dipercayai ke negara jiran berjaya dipatahkan dalam operasi bersepadu Ops Tiris 4.0 di Kampung Merotai, Jalan Pitas, di sini, hari ini. Serbuan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau hasil risikan dan pemantauan berterusan di […]

37 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu

KOTA KINABALU: Seramai 37 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan bersepadu menerusi Ops Sapu, Ops Kutip, Ops Belanja dan Ops Selera yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah bersama JIM Tawau di sekitar Kota Kinabalu dan Tawau. Operasi berkenaan dijalankan sebagai sebahagian usaha berterusan pihak berkuasa dalam membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) […]

Samseng kedai runcit akhirnya diberkas

RANAU: Lelaki yang dipercayai mengugut dan memukul seorang pemuda sehingga rakaman kejadian itu tular di media sosial dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Kampung Matupang, di sini, akhirnya diberkas polis, hari ini. Suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ranau di sebuah rumah tidak […]