Dua wanita ditahan bersama dadah di Penampang

PENAMPANG: Dua wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini, malam tadi. Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam di hadapan sebuah premis di Penampang Baru, sepasukan polis dari JSJN IPK Sabah menahan seorang wanita berusia 21 tahun dalam keadaan […]
Jamawi akan panggil pemaju, siasat kelewatan projek ternakan khinzir Tongod

TONGOD: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar akan memanggil pihak pemaju projek ternakan khinzir di Tongod pada 8 Jun depan bagi membincangkan serta mengenal pasti punca kelewatan pelaksanaan projek berkenaan. Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas meninjau sendiri tapak projek berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu selepas menghadiri Pesta […]
Operasi empat hari JPJ kesan 108 kes lebih muatan di Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak 108 kesalahan lebih muatan dikesan dalam tempoh empat hari Ops Khas Lebih Muatan yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah bermula 16 hingga 20 Mei lalu. Dalam operasi berkenaan, sebanyak 1,530 kenderaan diperiksa di seluruh negeri dengan 259 kenderaan perkhidmatan barangan diambil tindakan. Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, operasi […]
Suspek utama kes pengedaran dan rampasan dadah di Kota Kinabalu dikehendaki JSJN Sabah

KOTA KINABALU: Polis Sabah sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai suspek utama kes pengedaran dadah di Ibu negeri ini selepas dipercayai melarikan diri ke Sarawak. Suspek Eric Leon Frankey, 27, yang beralamat terakhir di Taman Sri Kepayan, di sini, dikesan berada di negeri jiran itu selepas kenderaan dipercayai digunakan suspek ditemukan di Lawas, Sarawak […]
Lima individu terperangkap 13 jam akibat arus deras di Melangkap

KOTA BELUD: Lima individu yang terkandas di seberang sungai di Kampung Melangkap, di sini, berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas operasi mencabar yang mengambil masa hampir 13 jam, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, semua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat namun gagal menyeberangi sungai berikutan arus deras selepas hujan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]
“Kg Asaon” bukan kampung diwartakan, dakwaan mahasiswa didakwa kelirukan keadaan

KOTA KINABALU: Dakwaan berhubung kewujudan “Kg Asaon” serta tindakan pihak yang mengaku sebagai Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam isu tanah kerajaan di Matunggong didakwa hanya mengeruhkan keadaan apabila kawasan berkenaan bukan sebuah kampung yang pernah diwartakan secara rasmi. Timbalan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) N5 Matunggong, Alexyus Matius berkata, kawasan terbabit sememangnya […]
5 terkandas di seberang sungai akibat arus deras

KOTA BELUD: Lima individu terpaksa menunggu bantuan pasukan bomba selepas terkandas di seberang sungai akibat arus deras di Kampung Melangkap, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, semua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat namun gagal menyeberangi sungai berikutan keadaan arus yang deras. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Elge […]
Suara Mahasiswa bertindak sendiri dalam isu Kampung Asaon, bukan pendirian UMS – Pengurusan UMS

KOTA KINABALU: Pihak Pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menegaskan sebarang kenyataan, tindakan atau pendirian dizahirkan kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri sebagai Suara Mahasiswa UMS adalah atas kapasiti peribadi mereka sendiri. Perkara itu merujuk kepada pembabitan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan pelajar terbabit berhubung isu pertindihan tanah di Kampung Asaon, Matunggong, Kudat. Penegasan UMS itu […]
Hornet TUDM mendarat cemas di KKIA akibat masalah enjin

KOTA KINABALU: Pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), malam tadi dipercayai mengalami masalah pada sistem enjin ketika penerbangan pulang selepas latihan ketenteraan. Dalam kejadian kira-kira jam 7.47 malam itu, pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat selepas juruterbang mengambil tindakan […]
Projek kilang simen di Tongod dapat kelulusan EIA pada April – Masiung

TONGOD: Projek Borneo Cement Sabah Sdn Bhd (BCS) membabitkan pembinaan kilang klinker dan simen di Kampung Kawayoi, di sini, sudah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Pengerusi Kumpulan SEDCO, Datuk Masiung Banah, berkata kelulusan EIA itu diperolehi pada 10 April lalu dengan beberapa syarat perlu dipatuhi. “Kami menerima surat daripada Jabatan Alam Sekitar […]