Search

MCMC ajak rakyat sokong inovasi Malaysia di WSIS Prizes 2026

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengajak rakyat negara ini memberikan sokongan terhadap inovasi teknologi dan usaha pembangunan digital negara dengan mengundi projek Malaysia yang dicalonkan dalam World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2026. MCMC dalam kenyataan media memaklumkan, anugerah anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) itu menjadi platform global bagi mengiktiraf projek […]

Seorang melecur, dua rumah terbakar

BELURAN: Seorang individu dilaporkan melecur di bahagian tangan selepas dua rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Sapi Nangoh, Kampung Rancangan, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dilaporkan sudah dihantar ke klinik oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi, namun identiti mangsa tidak diperoleh. Ketua Balai Bomba dan […]

Guna suara ibu cari kanak-kanak autisme hilang di Beaufort

BEAUFORT: Seorang kanak-kanak autisme dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Lumadan, di sini, petang tadi. Mangsa Vin Aaric Victor, 7, dilaporkan hilang sekitar jam 5 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan oleh pasukan bomba bersama polis Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada […]

47 ayam sabung baka import dirampas di Semporna

SEMPORNA: Kegiatan menternak dan menjual ayam sabung baka luar negara tanpa permit sejak tahun lalu tumpas selepas diserbu pihak berkuasa dalam operasi di Kampung Tanjong Kapor, di sini, semalam. Dalam serbuan menerusi Operasi Intra/Inter Agensi (Op Bersepadu Khazanah-Op Taring Kandang) itu, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut. Menerusi kenyataan di […]

Baru 15 tahun, sudah hantar benda lucah di TikTok

TAWAU: Tindakan seorang remaja lelaki menghantar gambar lucah kepada pelajar perempuan melalui aplikasi TikTok membawa padah apabila dia ditahan polis, petang tadi. Suspek berusia 15 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau kira-kira jam 1.10 petang di kawasan tepi Jalan Melati Off Jalan Kuhara, di sini. Ketua Polis Daerah Tawau, Jasmin […]

KPDN Labuan tumpas dua kegiatan seleweng diesel

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan menumpaskan dua kegiatan penyelewengan diesel tanpa permit menerusi Ops Tiris 4.0 dengan jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan RM83,806. Dalam serbuan pertama berhampiran Saguking Warehouse, Jalan Tuanku Sharif Kedah, seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun ditahan untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis ‘single […]

Penolong jurutera kanan disyaki guna syarikat keluarga buat projek RM2.6 juta

LABUAN: Seorang penolong jurutera kanan sebuah agensi kerajaan direman enam hari selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik syarikat milik keluarganya bagi kerja penyelenggaraan bernilai kira-kira RM2.6 juta. Turut direman bersama lelaki itu ialah adik dan adik iparnya bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan. Perintah reman sehingga 12 Mei terhadap ketiga-tiga suspek lelaki […]

Perkasa keselamatan di ESSzone guna teknologi canggih – KM

LAHAD DATU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan pengukuhan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) akan terus dipacu dengan penggunaan teknologi canggih termasuk kecerdasan buatan (AI). Katanya, langkah itu bagi memastikan kestabilan keselamatan yang menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Beliau berkata, kerajaan negeri komited memperkukuh keupayaan keselamatan menerusi pemodenan aset, penggunaan […]

KM turun padang pantau kemajuan Pan Borneo di Sukau

SUKAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor turun padang meninjau sendiri kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di laluan antara Kampung Perpaduan Datuk Moh ke Sukau yang termasuk dalam pakej kerja WP25 sepanjang kira-kira 14.96 kilometer, di sini, pada Rabu. Hajiji singgah meninjau perkembangan di pakej kerja WP25 dan mendengar taklimat tapak ketika dalam perjalanan […]

Dua lelaki didakwa edar 130 kg syabu

TAWAU: Dua lelaki dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 130.57 kilogram (kg) pada April lalu. Tertuduh, Ng Chuan Tong, 51, dan Herman Patte, 35, berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama. Jika sabit kesalahan, mahkamah […]