Search

Lelaki hilang selepas bot bertembung di Pulau Mengalum

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dalam insiden pelanggaran bot di perairan Pulau Mengalum, di sini. Mangsa dikenali sebagai Nur Amin, 21, dan sehingga kini masih belum ditemui. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Pusat Gerakan Operasi […]

Karnival kewangan, psikologi perkasa kesejahteraan warga PDRM Sabah

KOTA KINABALU: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah diseru memperkukuh tahap celik kewangan serta menjaga kesejahteraan mental menerusi penganjuran Karnival Pengurusan Kewangan, Harta Pusaka, Kebajikan dan Pengurusan Psikologi Peringkat Kontinjen Sabah 2026. Karnival itu menghimpunkan pelbagai agensi strategik membabitkan sektor perbankan, korporat dan institusi pendidikan bagi memberi pendedahan menyeluruh kepada anggota serta pegawai PDRM Sabah. […]

Lori siap tangki ubah suai bawa 1,350 liter diesel disyaki seleweng

TAWAU: Taktik menggunakan lori lapan tan yang diubah suai dengan tangki tambahan untuk membawa diesel bersubsidi terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa dalam operasi di sini, semalam. Rampasan kira-kira jam 7.30 malam itu membabitkan 1,350 liter diesel bersama sebuah lori jenis Isuzu lapan tan, tong drum besi, hos paip minyak, mesin pam dan beberapa peralatan lain […]

Bakakuk, senapang angin dalam rumah, petani ditahan

KENINGAU: Seorang petani ditahan polis selepas dipercayai menyimpan senjata api buatan sendiri dan senapang angin tanpa lesen dalam serbuan di Kampung Kuala Punteh, Sook, di sini, semalam. Dalam operasi kira-kira jam 10 malam itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Keningau bertindak hasil risikan Ops Laras sebelum menahan lelaki berusia 44 tahun berkenaan. Ketua Polis […]

Barter trade akan dikaji, ambil kira aspek keselamatan dan ekonomi – KM

SANDAKAN: Kerajaan negeri akan mengkaji cadangan menghidupkan semula perdagangan tukar barang atau ‘barter trade’ di antara negeri ini dan selatan Filipina. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengakui pihaknya menerima banyak cadangan mengenai perkara itu, namun kajian terperinci perlu dibuat sebelum ia dilaksanakan. Katanya, pelbagai aspek perlu diambil kira, khususnya berkaitan keselamatan […]

Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Pulau Gaya

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di perairan Kampung Lobong, Pulau Gaya, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, penemuan mayat berkenaan dimaklumkan orang awam sebelum polis bergegas ke lokasi untuk tindakan lanjut. Mangsa yang ditemui dalam keadaan terapung dan lengkap berpakaian itu kemudian dibawa ke jeti sebuah sekolah sebelum […]

Penjawat awam dicekup kes pecah rumah

TAWAU: Tembelang seorang penjawat awam yang disyaki terbabit dalam kes pecah rumah akhirnya terbongkar selepas dia diberkas polis di Lahad Datu, semalam. Suspek lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.45 pagi di tepi Jalan Tungku, Felda Sabahat oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau. Ketua Polis Daerah Tawau, […]

Sorok minuman keras bawah bonet ‘rahsia’, Kastam bongkar helah

LABUAN: Helah menyembunyikan minuman keras di ruang rahsia bawah bonet belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diubah suai terbongkar apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Labuan, baru-baru ini. Dalam kejadian jam 12.01 tengah hari, pada 27 April lalu, kenderaan berkenaan dikesan ketika menunggu giliran untuk menaiki feri RORO di Terminal Feri […]

PPM gagalkan seludup rokok di Semporna

SEMPORNA: Cubaan menyeludup rokok tidak bercukai berjaya digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi awal pagi di perairan Laut Balimbang, di sini, awal pagi tadi. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, sepasukan anggota PPM Semporna mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan. […]

Penginapan hotel merosot, Persatuan Hotel, STB disaran bincang kaedah tangani cabaran semasa

KOTA KINABALU: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Sabah dan Labuan bersama Lembaga Pelancongan Sabah (STB) disaran bekerjasama mengambil pendekatan lebih strategik dalam menyesuaikan pemasaran pelancongan dengan keadaan semasa. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata langkah itu perlu berikutan beberapa hotel di sekitar Kota Kinabalu terjejas secara langsung, dengan kadar penginapan yang menunjukkan penurunan sejak […]