Persekutuan tidak pertikai hak 40 peratus Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menegaskan tuntutan 40 peratus hasil Sabah adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Katanya, perkara itu bukan satu bentuk ihsan atau geran dan kedudukannya tidak pernah dipertikaikan oleh Kerajaan Persekutuan. Beliau menjelaskan, usaha melaksanakan perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk […]
Ganggu pelajar di Kinarut, tidak sampai 8 jam sudah kena tahan

PAPAR: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai mengganggu beberapa pelajar perempuan di sekitar kawasan sekolah di Kinarut, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, suspek warga tempatan berusia 44 tahun didakwa menghampiri pelajar sebelum bertindak menarik tangan serta memegang mangsa dengan alasan mahu menghantar mereka ke sekolah. Ketua Polis Daerah Papar, […]
Polis cari Fattah bantu siasatan kes dadah

LAHAD DATU: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes dadah di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Fattah Jalak, dengan alamat terakhir di Kampung Air Blok B, Jalan Panji, di sini. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, individu itu diperlukan sebagai saksi penting dalam […]
23 guni baja ammonia dirampas, cubaan bom ikan digagalkan

SEMPORNA: Cubaan melakukan aktiviti pengeboman ikan berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Semporna selepas merampas 23 guni baja ammonia di perairan Pulau Bum Bum, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, bot ronda ADAL 18 yang sedang melaksanakan Ops Khas Cegah PATI (OCP) Sektor Timur dan Ops Tiris 3.0 mengesan […]
Ugut bunuh WhatsApp, lelaki ditahan

TAWAU: Tindakan seorang lelaki menghantar ugutan bunuh melalui aplikasi WhatsApp akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis, pagi tadi. Suspek berusia 59 tahun yang juga penolong pengurus kewangan ditahan kira-kira jam 10.30 pagi oleh sepasukan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di hadapan sebuah bangunan sekitar bandar ini. Ketua Polis […]
Usul ADUN Kapayan bersifat politik, tidak mahu Warisan ‘tinggal kapal’ – Armizan

KOTA KINABALU: Usul persendirian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Chin Tek Ming mengenai tuntutan 40 peratus Sabah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lalu lebih bermotif politik. Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, menyifatkan usul itu yang ditolak Speaker DUN mahu memposisikan Warisan supaya tidak ‘tinggal kapal’ dalam perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 […]
Isytihar barangan minuman, rupanya syabu 305kg bernilai RM15.28 juta

KOTA KINABALU: Helah sindiket mengikrarkan dadah sebagai barangan minuman ‘drink stuff’ terbongkar apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan cubaan pengedaran syabu bernilai lebih RM15 juta melalui kontena laut di Pelabuhan Sepanggar. Rampasan pada 22 April lalu itu membabitkan dadah jenis methamphetamine seberat 305.722 kilogram dengan nilai pasaran dianggarkan RM15,286,100. Pengarah JKDM Sabah, Dr […]
Konflik Asia Barat: Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – KM

KOTA KINABALU: Sektor pelancongan negeri kekal berdaya bertahan meskipun berdepan cabaran berikutan konflik semasa yang berlaku di Asia Barat. Menyuarakan keyakinan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, bagaimanapun mengakui banyak perniagaan perlu mengambil tindakan berani dan tegas untuk menangani ketidakpastian akibat konflik di wilayah berkenaan. “Krisis ini akan mengubah secara asas cara kita beroperasi. […]
Lelaki ditahan bersama 480 liter petrol di perairan Semporna

SEMPORNA: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dan menyimpan petrol tanpa kebenaran dalam operasi di perairan Kampung Simunul, di sini, semalam. Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 22 Kunak menerusi Ops Tiris […]
KREATIF Sabah sah berdaftar, satukan persatuan seni pacu ekonomi kreatif

KOTA KINABALU: Industri kreatif Sabah melakar sejarah baharu apabila Pertubuhan Gabungan Persatuan Kreatif Sabah (KREATIF Sabah) kini sah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), sekali gus menjadi platform penyatuan utama penggiat seni dan kreatif di negeri ini. Penubuhan gabungan itu merupakan hasil inisiatif kolektif sembilan persatuan seni dan kreatif tempatan yang komited memperkasakan ekosistem […]