Latihan kebakaran hospital diuji, ERT HUMS ‘turun padang’

KOTA KINABALU: Kecekapan bertindak dalam situasi kecemasan diuji apabila pasukan Emergency Response Team (ERT) Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) menjalani latihan pemantapan serta simulasi kebakaran selama dua hari, baru-baru ini. Program yang berlangsung pada 28 hingga 29 April itu dianjurkan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) HUMS dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) […]
Hak Sabah perlu diperjuang bersama tanpa mengira parti politik

TENOM: Tuntutan hak Sabah termasuk pengembalian 40 peratus hasil negeri perlu diperjuangkan secara bersama oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik, kata Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick. Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, UPKO menyokong pelbagai pendekatan dan platform dalam usaha […]
KDCA Semenanjung digesa perkasa promosi pelancongan domestik Sabah

MELAKA: Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Semenanjung Malaysia digesa memainkan peranan lebih aktif dalam menyokong usaha agresif Sabah mempromosikan pelancongan domestik, khususnya dalam suasana ketidaktentuan global termasuk konflik di Timur Tengah. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai, berkata pendekatan itu penting dengan memanfaatkan keunikan budaya dan […]
APMM tahan lima individu, pindah minyak sawit haram di Sandakan

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima individu selepas dikesan terbabit dalam aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah di perairan daerah ini, awal pagi semalam. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, kejadian dikesan kira-kira jam 2 pagi ketika bot peronda menjalankan rondaan rutin. “Hasil maklumat awam membawa kepada […]
Samseng jalanan, satu motosikal disita di Labuan

LABUAN: Aksi samseng jalanan di Jalan Pohon Batu, Kampung Lajau, di sini, semalam tidak berakhir seperti diharapkan apabila seorang penunggang ‘berputih mata’ selepas motosikalnya disita dalam Operasi Motosikal (Samseng Jalanan). Operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Labuan itu membabitkan seorang pegawai bersama lima anggota dengan tumpuan terhadap aktiviti lumba haram serta pelanggaran […]
Rempit malam minggu ‘kena sapu’, dua motor kena sita

PENAMPANG: Aksi ‘rempit’ malam minggu di dua laluan utama berakhir padah apabila dua motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan, awal pagi tadi. Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu dijalankan bermula jam 11 malam hingga 3 pagi dengan tumpuan di Jalan Pintas Penampang serta Jalan Papar – Kota […]
300 liter diesel kena angkut

TAWAU: Cubaan menyeleweng bahan api gagal apabila 300 liter diesel dirampas dalam satu serahan kes daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Tawau, petang semalam. Rampasan kira-kira jam 4.40 petang itu membabitkan sebuah kenderaan jenis Isuzu Trooper yang dipercayai diubah suai dengan tangki tambahan bagi menyimpan […]
Wanita 46 tahun positif dadah di pusat hiburan

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan berusia 46 tahun ditahan selepas didapati positif dadah dalam Ops Pusat Hiburan yang dijalankan di dua premis sekitar daerah ini, awal pagi tadi. Dalam operasi berkenaan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang memeriksa seramai 38 individu terdiri daripada pekerja dan pengunjung premis. Ketua Polis Daerah […]
Wanita maut nahas kereta dan lori

TUARAN: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Penampang Baru berhampiran Lemawang, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan selepas tersepit dalam kereta jenis Toyota Inova. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Timbalan Penguasa Bomba […]
65 warga asing dicekup dalam Ops JIM Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 65 warga asing ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di Lahad Datu dan sekitar bandar raya ini, semalam. JIM Sabah menerusi kenyataan di Facebook, hari ini, memaklumkan tangkapan itu dibuat dalam Ops Sapu di Lahad Datu serta Ops Mahir dan Ops Sapu di Kota Kinabalu. Menurut kenyataan itu, […]