Search

Ewon tinjau laluan kereta api Beaufort–Tenom, nilai tahap penyelenggaraan

TENOM: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick, meninjau laluan kereta api dari Beaufort ke Tenom bagi melihat sendiri keadaan perkhidmatan serta tahap penyelenggaraan laluan berkenaan. Beliau berkata, perkhidmatan kereta api masih menjadi mod pengangkutan utama penduduk di sepanjang laluan itu, khususnya bagi tujuan bekerja dan bersekolah. “Perkhidmatan […]

Kebakaran musnahkan lima rumah di Apin-Apin

KENINGAU: Sebanyak lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Apin-Apin, di sini, pagi tadi. Kejadian itu turut membabitkan enam kenderaan serta beberapa premis lain yang terjejas, sekali gus menyebabkan penduduk kehilangan harta benda dalam sekelip mata. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.06 […]

Suspek ‘wanted’ kes tipu kantoi hisap syabu

TAWAU: Cubaan seorang lelaki melarikan diri selepas terserempak polis ketika rondaan cegah jenayah membawa padah apabila dia bukan saja ditahan, malah terbongkar sebagai individu dikehendaki kes tipu di Putatan, semalam. Dalam kejadian di Kampung Kinabutan Batu 5, Jalan Apas, suspek warga tempatan berusia 34 tahun itu pada mulanya dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh Strike Team […]

Wanita koma di Vietnam selamat dibawa pulang ke Sabah

KOTA KINABALU: Seorang wanita Sabah yang sebelum ini dilaporkan koma ketika berada di Vietnam selamat tiba di tanah air, petang tadi, bagi meneruskan rawatan. Ruhana Joseph, 34, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 6.20 petang bersama suaminya sebelum terus dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut. Pemangku Ketua Pemuda Gagasan […]

Gelvia Vanessa dinobat Unduk Ngadau Papar 2026

PAPAR: Gelvia Vanessa dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Papar 2026 dalam pertandingan yang berlangsung meriah sempena sambutan Pesta Kaamatan di daerah ini. Tempat kedua disandang oleh Camilla Grimaldi sebagai naib juara, manakala tempat ketiga menjadi milik Cora Jean Cantwell. Pertandingan berprestij itu menjadi antara acara kemuncak sambutan Kaamatan di Papar, dengan penyertaan peserta yang menampilkan […]

Lebih 30,000 meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan di Papar

PAPAR: Lebih 30,000 pengunjung membanjiri Dewan Masyarakat Papar bagi memeriahkan Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, hari ini. Majlis yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu menjadi titik permulaan sambutan Pesta Kaamatan di seluruh Sabah, termasuk penganjuran di beberapa lokasi di Semenanjung dan Sarawak. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, […]

RM559.85 juta perkukuh keterjaminan makanan Sabah

PAPAR: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM559.85 juta kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) tahun ini bagi memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan, termasuk penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah serta pembangunan jelapang padi di beberapa daerah […]

Deretan kedai di Timbua musnah

RANAU: Satu deretan kedai runcit di Kampung Timbua, di sini, musnah sepenuhnya dalam kebakaran petang tadi. Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, kebakaran membabitkan barisan premis jenis separuh kekal dengan keluasan keseluruhan dianggarkan kira-kira 1,226 meter persegi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Rantey Fred berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan enam […]

Penunggang motosikal maut dirempuh pikap

TAWAU: Tindakan memotong kenderaan tanpa memastikan laluan selamat mengundang padah apabila seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pikap dan motosikal di Jalan Tawau – Bombalai, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 5.35 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun yang menunggang motosikal jenis SYM BX110 disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah. Ketua Polis […]

Hampir tujuh jam bertarung nyawa, pemandu van meninggal dunia

RANAU: Pemandu van yang cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 6, Jalan Ranau – Telupid, petang semalam, disahkan meninggal dunia selepas hampir tujuh jam bertarung nyawa. Mangsa lelaki berusia 51 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.15 malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Ranau. Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, […]