Harumkan nama Sabah di Pentas Antarabangsa, Emmabell terima insentif RM5,000

KOTA KINABALU: Atlet Muaythai Sabah, Emmabell Cassandra, menerima insentif kerajaan negeri sebanyak RM5,000 sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan cemerlangnya di pentas antarabangsa. Insentif itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, pada Khamis. Hajiji turut merakamkan ucapan tahniah serta menyatakan rasa […]
Enam ditahan dalam kontena, syabu dirampas

TAWAU: Lima lelaki dan seorang wanita ditahan selepas disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam serbuan di kawasan penyimpanan kontena di Taman Anson, di sini, tengah malam tadi. Dalam operasi susulan aduan orang awam itu, sepasukan polis Strike Team Balai Polis Tawau menjalankan rondaan cegah jenayah sebelum memeriksa sebuah kontena dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 12.40 […]
UMS, MKPUA perkasa literasi dan STEM melalui Program Eksplorasi Ilmu di sekolah

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Jabatan Perpustakaan dengan kerjasama Majlis Ketua Pustakawan Universiti Awam (MKPUA) menganjurkan Program Eksplorasi Ilmu @ Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas sebagai sebahagian inisiatif Baca@Borneo 2026 bagi memperkasa literasi ilmu dan pendidikan STEM dalam kalangan komuniti sekolah. Majlis perasmian program itu disempurnakan Naib Canselor UMS Datuk Dr Kasim Haji Mansor […]
Cuti terapung tingkat fleksibiliti, produktiviti pekerja Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri disaran mempertimbangkan pelaksanaan konsep ‘cuti terapung’ bagi memberi fleksibiliti kepada rakyat Sabah memilih hari kelepasan yang lebih bermakna mengikut keperluan budaya, keagamaan dan peribadi masing-masing. Cadangan itu dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Hari Kelepasan (Pindaan) 2026 pada persidangan […]
Penunggang maut terbabas masuk parit

PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di Jalan Kobusak berhampiran Lido Plaza, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, siasatan awal […]
Kuarters guru SK Imbak terbakar

TONGOD: Empat kuarters guru dan kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Imbak, di sini, terbakar petang tadi. Turut dilaporkan musnah ialah sebuah kenderaan dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tongod, Adrian Dauli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu dan bergegas ke lokasi untuk membuat pemantauan dan […]
Lelaki maut, motosikal bertembung kereta

SANDAKAN: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta Perodua Axia dalam kejadian di Batu 10, Jalan Sungai Batang, di sini, hari ini. Mangsa berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman, berkata siasatan awal polis mendapati […]
Budak 7 tahun maut dilanggar Navara

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tujuh tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Nissan Navara di Jalan Nountun, Bukit Padang, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu, mangsa dipercayai melintas jalan seorang diri sebelum dirempuh kenderaan berkenaan. Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan […]
Tiga mekanisme tangani isu pembangunan Sabah 2026 – Arsad

KOTA KINABALU: Tiga mekanisme dicadang bagi memacu pembangunan Sabah lebih inklusif dengan menumpukan aspek pentadbiran, ekonomi dan kebajikan rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari berkata, pendekatan itu merangkumi pemerkasaan kapasiti penjawat awam profesional setaraf Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), kajian industri ikan air tawar serta pelaksanaan Skim Pembaikan Rumah Daif. […]
Penunggang motosikal maut rempuh lori buat pusingan U

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di pusingan U Kilometer 6, Jalan Lahad Datu – Sandakan, di sini, malam tadi Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu, mangsa berusia 53 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner […]