Search

1,729 peluang pekerjaan diwujudkan di POIC Lahad Datu, majoriti belia tempatan

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,729 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan dalam sektor hiliran sawit dan biojisim di POIC Lahad Datu setakat ini, dengan kira-kira 85 peratus daripadanya diisi oleh warga tempatan termasuk belia dari kawasan DUN Silam dan Parlimen Lahad Datu. Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick, berkata peluang […]

Kerajaan kawal penggunaan jentera, perketat garis panduan kurangkan risiko banjir di Tamparuli

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan mengambil langkah proaktif mengawal penggunaan jentera serta memperketat garis panduan pembangunan ladang bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan DUN Tamparuli. Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar, berkata pendekatan itu dilaksanakan menerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dengan menekankan pembangunan mampan yang mengambil kira pemuliharaan alam sekitar […]

30 rumah musnah terbakar

SANDAKAN: Sebanyak 30 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Bokara, Kampung Karamunting, di sini, awal pagi hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 pagi itu, api marak membakar penempatan seluas kira-kira 1.4 hektar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan 21 anggota […]

Seleweng petrol, diesel RM551,000 tumpas, empat ditahan

KOTA KINABALU: Kegiatan penyelewengan minyak bersubsidi terbongkar apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menumpaskan dua operasi berasingan di Pulau Gaya dan Lok Kawi, di sini, hari ini. Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 pagi di perairan Pulau Gaya, bot ronda RH29 menahan sebuah bot sebelum pemeriksaan menemukan 23 jerikin berisi kira-kira 570 liter petrol […]

Langgar kereta awam, cuba rempuh polis… empat suspek curi kabel ditahan

KOTA KINABALU: Cubaan empat lelaki mencuri kabel di Lido, di sini yang mencetuskan aksi kejar – mengejar hingga ke Tuaran, awal pagi tadi, turut disiasat sebagai cubaan membunuh selepas suspek dipercayai cuba merempuh kenderaan polis. Perkembangan itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman yang memaklumkan semua suspek tempatan berusia […]

8 lembu lesap bagaikan misteri, penternak rugi RM40,000

KOTA MARUDU: Kehilangan lapan lembu di dua kampung di Pitas, di sini, bagaikan misteri apabila haiwan ternakan itu dilaporkan lesap dalam tempoh berasingan bulan ini. Kes pertama dilaporkan pada 21 April lalu membabitkan kehilangan enam lembu di Kampung Telaga dengan anggaran kerugian sekitar RM30,000. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simun Lomudin berkata, laporan kedua […]

ECoS bongkar penyelewengan elektrik di penempatan setinggan

SANDAKAN: Aktiviti kecurian dan penyalahgunaan bekalan elektrik di dua penempatan setinggan di daerah ini terbongkar selepas diserbu dalam Operasi Bersepadu yang diketuai Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), minggu lalu. Operasi selama dua hari pada 22 dan 23 April itu disertai lebih 50 pegawai daripada pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, […]

Kejayaan dasar diukur melalui manfaat kepada rakyat akar umbi — ADUN Paginatan

KOTA KINABALU: Kejayaan sesuatu dasar kerajaan tidak seharusnya dinilai berdasarkan perancangan atau pengumuman semata-mata, sebaliknya perlu diukur melalui sejauh mana manfaatnya benar-benar dirasai oleh rakyat di peringkat akar umbi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Rusdin Riman berkata, pendekatan itu penting khususnya bagi memastikan pembangunan negeri bersifat inklusif dan tidak hanya tertumpu di kawasan […]

Kerajaan laksana projek RM200 juta tangani paip uzur di Likas — Limus

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melaksanakan beberapa projek berskala besar termasuk peruntukan sehingga RM200 juta bagi menangani masalah paip uzur yang menjadi punca gangguan bekalan air di kawasan Likas. Timbalan Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Limus Jury berkata, isu kebocoran paip yang kerap berlaku di kawasan itu berpunca daripada penggunaan paip jenis asbestos cement (AC) […]

ADUN Likas bangkit isu paip uzur, sekolah daif dalam perbahasan DUN Sabah

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook membangkitkan beberapa isu kritikal termasuk kelemahan infrastruktur asas, pendidikan dan kos sara hidup ketika membahaskan ucapan dasar kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini. Dalam perbahasannya, beliau menegaskan bahawa usaha kerajaan meningkatkan kapasiti pengeluaran air tidak akan memberi impak menyeluruh sekiranya […]