Tiga remaja lelaki ditahan kes jenayah seksual pelajar

TAWAU: Tiga remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah seksual melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di daerah ini. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dua daripada suspek berusia 14 dan 17 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira jam […]
Empat lelaki disyaki curi kabel terbabit kemalangan ketika dikejar polis

TUARAN: Cubaan empat lelaki disyaki mencuri kabel untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan ketika dikejar polis berhampiran Kampung Berungis, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, Toyota Hilux Vigo dinaiki suspek dipercayai cuba melarikan diri sebelum hilang kawalan lalu merempuh sebuah Isuzu Invader. Perlanggaran itu mengakibatkan lima […]
ADUN Sabah diseru bersatu tuntut hak 40 peratus demi masa depan negeri

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Wilfred Madius Tangau menyeru semua wakil rakyat di Sabah, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang, supaya bersatu hati dalam memperjuangkan hak 40 peratus hasil negeri demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat. Beliau berkata, tuntutan berkenaan tidak wajar dilihat sebagai isu politik semata-mata, sebaliknya […]
Wanita dicekik, diugut lelaki warga asing

TAWAU: Seorang wanita dicekik dan diugut seorang lelaki ketika sedang menunggu rakannya dalam kejadian di Kampung Sungai Imam, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, mangsa berusia 36 tahun didatangi suspek dari arah belakang sebelum lelaki terbabit mencekik lehernya dan mengacukan objek tajam ke arah dagu. Mangsa turut diugut dengan kata-kata […]
Tergamak kau dera anak baru berusia setahun lebih

TAWAU: Seorang wanita ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes penganiayaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia setahun tiga bulan di sebuah rumah di Taman Semarak, di sini, semalam. Kes itu terbongkar selepas ibu mangsa mendakwa melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan suspek melakukan perbuatan tidak wajar terhadap anaknya ketika berada di bawah jagaan wanita berkenaan. […]
Kerajaan Negeri perkukuh langkah tangani kos sara hidup, kekal subsidi bahan api

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengambil langkah segera dan bersepadu bagi melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat susulan ketidaktentuan harga minyak global akibat konflik antarabangsa. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peningkatan harga minyak dunia serta gangguan rantaian bekalan tenaga, khususnya susulan konflik di Asia Barat, berpotensi memberi kesan besar kepada […]
Pemimpin muda masih tersekat sistem sedia ada — Salleh

KOTA KINABALU: Peralihan kepimpinan kepada generasi muda di Malaysia masih bergerak perlahan berikutan kekangan struktur parti politik yang lebih mengutamakan pengalaman, kata veteran UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata, walaupun terdapat tanda-tanda perubahan ke arah kepimpinan lebih muda, realitinya banyak negeri masih diterajui tokoh berpengalaman berusia lingkungan 60-an. Menurutnya, keadaan itu […]
Pembayaran pampasan Pan Borneo di Silam, Lahad Datu dilaksana berperingkat

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengesahkan pembayaran pampasan serta bayaran ihsan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo di Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam dan Parlimen Lahad Datu sedang dilaksanakan secara berperingkat mengikut prosedur ditetapkan. Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, berkata proses itu melibatkan tanah yang terjejas di […]
Belum ada perancangan wujudkan Majlis Daerah Sook

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah buat masa ini belum mempunyai perancangan untuk mewujudkan Majlis Daerah Sook yang tersendiri. Menterinya, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, berkata cadangan penubuhan pihak berkuasa tempatan (PBT) baharu itu memerlukan penelitian menyeluruh berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan kerajaan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri […]
Tiga lelaki ditahan, syabu hampir 80 gram dirampas di Sipitang

SIPITANG: Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan selepas polis merampas dadah disyaki syabu seberat 77.9 gram bernilai kira-kira RM8,000 dalam serbuan di Kampung Tanjung Pagar, di sini, Sabtu lalu. Serbuan jam 4.15 pagi itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah […]