Search

Hilux hilang kawalan, rempuh empat kenderaan di jambatan

BEAUFORT: Lima kenderaan terbabit dalam kemalangan di Jambatan Pekan Beaufort, Jalan Papar – Sipitang, di sini, petang semalam selepas sebuah Toyota Hilux dipercayai hilang kawalan. Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, kenderaan pacuan empat roda terbabit dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah Isuzu D Max. Perlanggaran itu menyebabkan kenderaan yang dirempuh tersorong ke […]

Dapur rumah terbakar 45 peratus, tiga beranak termasuk kanak-kanak melecur

KENINGAU: Tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak perempuan melecur selepas kebakaran memusnahkan hampir separuh dapur rumah mereka di Taman Adika 7B, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, kebakaran membabitkan rumah jenis kekal berkeluasan kira-kira 93 meter persegi dengan kemusnahan dianggarkan 45 peratus di bahagian dapur. Mangsa terlibat ialah David Adam, 36, bersama […]

Kerajaan Sabah bantu bawa pulang wanita koma di Vietnam

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengambil tindakan segera membantu membawa pulang seorang wanita dari negeri ini yang kini koma selepas diserang sawan ketika bercuti di Ho Chi Minh, Vietnam, baru-baru ini. Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Azrul Ibrahim, berkata pihaknya sudah berhubung secara langsung dengan suami mangsa, Mohd Jamri Herry, bagi mendapatkan perkembangan terkini […]

Tanya barang, rupanya cabul ‘cashier’

TAWAU: Seorang juruwang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa dicabul lelaki tidak dikenali ketika sedang bekerja di sebuah pasar raya di bandar ini, semalam. Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 20 tahun pada awalnya didatangi suspek yang berpura-pura bertanyakan lokasi barangan. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa kemudian […]

Kenderaan dinaiki dua beranak terjunam dalam kolam

KINABATANGAN: Dua beranak berdepan saat mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terjunam ke dalam kolam di Bukit Garam Point, di sini, semalam. Kedua-dua mangsa iaitu pemandu yang berusia 39 tahun dan anak perempuannya berusia enam tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi, berkata kejadian berlaku kira-kira jam […]

Terjun laut gagal, rokok seludup RM70,000 dirampas

SEMPORNA: Cubaan nekad penyeludup meloloskan diri dengan terjun ke laut gagal apabila lebih 100,000 batang rokok seludup bernilai hampir RM70,000 dirampas dalam operasi di perairan Tanjung Sironggol, di sini, awal pagi tadi. Rampasan itu dilakukan hasil kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Semporna bersama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna menerusi […]

Jesselton Choir Festival 2026 perkasa seni koir, Rolou Nulinau juara keseluruhan

KOTA KINABALU: Penganjuran Jesselton Choir Festival (JCF) 2026 edisi ketiga terus memperkukuh kedudukan seni koir sebagai medium penting memartabatkan warisan budaya Sabah, selain mencungkil bakat baharu dalam kalangan penggiat seni tempatan. Festival yang berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 April lalu di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKNS) Sabah itu menghimpunkan 18 […]

Kerani wanita antara dicekup Op Mabuk di Tawau

TAWAU: Seorang kerani wanita antara individu ditahan dalam Op Mabuk selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi di sekitar bandar ini, awal pagi semalam. Dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Tawau memeriksa puluhan kenderaan di Jalan Sim Hwa Seng dan Jalan St […]

7 jam cemas, lelaki kurung isteri dan tiga anak, ugut bunuh ditahan

TAWAU: Detik cemas hampir tujuh jam berakhir apabila seorang lelaki yang mengamuk sambil mengurung isterinya bersama tiga anak serta mengugut untuk membunuh berjaya ditahan polis dalam kejadian di kawasan perumahan pekerja sebuah ladang di Kalabakan, Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suspek bertindak agresif di dalam rumah dengan mengunci ahli keluarganya selain […]

Pasangan Sabah terkandas di Vietnam, isteri koma diserang sawan

KOTA KINABALU: Percutian pasangan dari Sabah ke Ho Chi Minh, Vietnam bertukar tragedi apabila si isteri diserang sawan sebelum kini masih koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di negara itu. Mohd Jamri Herry, 40, dari Kota Kinabalu berkata, isterinya, Rohana Joseph, 34, dimasukkan ke Hospital Nhan Dan Gia Dinh selepas mengalami […]