Anak mengamuk, cuba serang bapa guna tukul

TAWAU: Hanya kerana ditegur, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila cuba menyerang bapa kandungnya menggunakan tukul besi dalam kejadian di Kalabakan, di sini, semalam. Dalam kejadian itu, mangsa bagaimanapun sempat mengelak serangan suspek sebelum membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak atas laporan diterima, […]
Suami maut, isteri parah, sepupu cedera pikap terbalik

TENOM: Seorang lelaki maut manakala isterinya parah dan sepupunya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 7, Jalan Tenom – Enubai berhampiran Kampung Sri Meranti, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa Victor Chung Yin Tat, 41, disahkan meninggal dunia di […]
Seludup arak gagal, 7 PATI ditahan di Semporna

SEMPORNA: Cubaan menyeludup minuman keras tidak bercukai gagal apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menahan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan di perairan Pulau Bohayen, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, sepasukan anggota PPM yang menjalankan operasi risikan berjaya memintas bot berkenaan di perairan Pulau Bohayen. Komander PPM Wilayah 4 […]
Kerjasama rentas negara diperkasa, PPM – Polairud tumpu ancaman di laut

TAWAU: Program Rendezvous (RV) antara Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah dan Polairud Polda Kalimantan Utara memperkukuh kerjasama keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Indonesia, khususnya di sekitar perairan Tawau dan Sungai Nyamuk, pada 22 April lalu. Program itu menyaksikan Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Polis (ACP) Ahmad Amri Abd Rahman mengetuai […]
Padah memandu mabuk, lelaki ditahan Op Mabuk di Penampang

PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan di Jalan Penampang berhampiran SMK Bahang, awal pagi tadi. Dalam operasi itu, lelaki berkenaan ditahan selepas didapati memandu melebihi had kandungan alkohol yang ditetapkan. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, suspek ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta […]
Cuaca panas tingkatkan risiko kebakaran, bomba ingatkan penduduk lebih waspada

KOTA KINABALU: Penduduk khususnya di sekitar daerah ini yang tinggal berhampiran kawasan hutan, belukar dan padang lalang diminta meningkatkan kesiapsiagaan susulan cuaca panas dan kering yang meningkatkan risiko kebakaran terbuka. Ketua Zon Kota Kinabalu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, PgKB I Johari Dzulkifli berkata, keadaan cuaca panas serta berangin ketika ini boleh menyebabkan […]
Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik KP SPRM baharu

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini. Pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694). Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan hari ini memaklumkan, cadangan […]
Latihan helikopter altitud tinggi di Gunung Kinabalu uji kesiapsiagaan misi SAR

KOTA KINABALU: Keupayaan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan gunung dan berketinggian tinggi terus diperkukuh apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan latihan penerbangan khas di sekitar Gunung Kinabalu, bermula 20 April dan berakhir semalam. TUDM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan latihan dikenali sebagai ‘Gayo Ngaran’ Siri 1/26 itu membabitkan dua helikopter jenis […]
Edar 22 kg syabu, pekerja restoran dipenjara seumur hidup

KOTA KINABALU: Seorang pekerja restoran dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah mengedar 22,053.8 gram dadah jenis syabu, empat tahun lalu. Tertuduh, Low Siew Yuen, 54, bagaimanapun dikecualikan daripada hukuman sebatan atas faktor usia. Hukuman itu dijatuhkan Hakim Datuk Celestina Stuel Galid pada prosiding di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Berdasarkan fakta kes, […]
Peruntukan segera RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300,000 bagi membina semula titian di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, susulan insiden runtuhan yang membahayakan keselamatan penduduk. Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat dan Media Jabatan Perdana Menteri, peruntukan itu telah diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai langkah segera bagi memastikan keselamatan penduduk setempat […]