Remaja 15 tahun hilang dibawa ombak ketika mandi di Pantai Batu Linting

BEAUFORT: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus deras ketika mandi bersama ahli keluarganya di Pantai Batu Linting, Kuala Penyu, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa dikenali sebagai Jason Alexander Jonathan dari Kampung Kiaulu, Tuaran, dilaporkan hilang selepas dihanyutkan ombak kuat ke tengah laut. Ketua Polis […]
Warga emas maut, pikap bertembung

RANAU: Seorang lelaki warga emas maut manakala seorang lagi lelaki cedera selepas dua kenderaan pacuan empat roda bertembung dalam kejadian di Kilometer 15 Jalan Bongkud – Kota Marudu, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, mangsa yang berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan […]
Kaki tersepit jeriji longkang ketika melintas jalan

TUARAN: Seorang remaja lelaki berdepan detik mencemaskan apabila kakinya tersepit pada jeriji besi longkang ketika melintas jalan di hadapan sebuah premis di Pekan Tuaran, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 19 tahun mengalami kecederaan pada kaki sebelum diselamatkan pasukan bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Timbalan […]
Langkah UPKO kukuhkan kesatuan parti tempatan Sabah – Azrul

KOTA KINABALU: Keputusan UPKO memohon menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menunjukkan semakin banyak pihak melihat keperluan untuk parti tempatan bersatu dalam satu kerangka yang lebih kukuh, matang dan berpaksikan kepentingan Sabah. Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Azrul Ibrahim, berkata langkah UPKO itu sejajar hasrat untuk melihat politik Sabah terus bergerak […]
UPKO mohon sertai GRS

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini mengemukakan permohonan menjadi parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Permohonan itu diserahkan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick ketika mengetuai delegasi partinya mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS, hari ini. Ewon berkata, UPKO mahu menyumbang kepada penyatuan dan kerjasama […]
Warga asing ditahan bersama syabu 50 gram

SEMPORNA: Kegiatan seorang lelaki warga asing yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah di daerah ini terbongkar apabila ditahan polis bersama syabu seberat 50.08 gram dalam operasi di Kampung Selamat, awal pagi tadi. Dalam operasi kira-kira jam 2 pagi itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Semporna turut merampas satu bungkusan plastik mengandungi ketulan hablur jernih […]
Lelaki Indonesia hilang ketika tarik pasir ditemui lemas

KOTA BELUD: Seorang lelaki warga Indonesia yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ketika menjalankan aktiviti menarik pasir menggunakan bot penarik di Kampung Paka-Paka, di sini, ditemui lemas hari ini. Mangsa, Vinsensius Sare Tukan, 42, ditemukan oleh Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pada jam 11.20 pagi di lokasi […]
Penyelidik UMS sahkan penemuan spesies baharu tumbuhan di Tawau

KOTA KINABALU: Spesimen tumbuhan misteri yang ditemukan di Taman Bukit Tawau pada 2014 akhirnya disahkan sebagai spesies baharu selepas melalui kajian saintifik mendalam oleh penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS). Spesies baharu itu dikenali sebagai Ardisia condensiflora dan diterbitkan secara rasmi pada 26 Mei lalu dalam jurnal taksonomi botani antarabangsa, Phytotaxa (Vol. 758, No. 3). Penemuan […]
Lelaki hilang selepas terjatuh sungai ketika tarik pasir

KOTA BELUD: Seorang lelaki warga Indonesia dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Paka-Paka, di sini, semalam. Mangsa Vinsensius Sare Tukan, 42, dipercayai terjatuh ke sungai kira-kira jam 6 petang ketika menjalankan aktiviti menarik pasir menggunakan bot penarik. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan […]
Dua rumah, sebuah Myvi musnah dalam kebakaran

SANDAKAN: Dua buah rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Gum-Gum Batu 16, di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.08 tengah malam itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi turut hangus terbakar. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 […]