Pembiayaan sewa beli lebih adil di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 yang berkuatkuasa mulai 1 Jun – Armizan

KOTA KINABALU: Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 secara rasmi akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2026 sebagai langkah memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan sistem pembiayaan sewa beli lebih adil, telus dan berdaya saing. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata bagi fasa awal bermula 1 Jun 2026, sebanyak 11 institusi […]
Untung ketum tak sempat merasa

RANAU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penjualan air ketum dalam serbuan di belakang sebuah rumah di Kampung Kinapulidan, di sini, malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 10 malam itu, polis turut merampas lapan botol air ketum serta puluhan paket serbuk ketum dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM3,940. Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan […]
‘Bayaran interim RM1.5 bilion bukti jalan rundingan dipilih GRS bukan lemah’ – Nizam

KOTA KINABALU: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenaikan bayaran interim untuk Sabah kepada RM1.5 bilion membuktikan pendekatan melalui rundingan dibuat kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor membuahkan hasil yang diharapkan. Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ketika mengulas peningkatan bayaran interim pemberian khas […]
Remaja hilang dibawa ombak masih belum ditemui

KUALA PENYU: Seorang remaja lelaki yang hilang selepas dipercayai dibawa ombak ketika mandi – manda di Pantai Batu Linting, Jalan Mansut, Menumbuk, di sini, masih belum ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah memasuki hari kedua, hari ini. Sehingga operasi ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi, mangsa berusia 15 tahun masih belum ditemui walaupun […]
Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40 peratus Sabah, bayaran interim naik RM1.5 bilion

PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk melaksanakan hak 40 peratus hasil Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk peningkatan pembayaran interim kepada negeri itu daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion. Ewon berkata, pengumuman berkenaan mencerminkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam memenuhi tuntutan […]
KPDN lancar Ops Kesan 6.0 bendung pencatutan susulan krisis bekalan global

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal melancarkan Ops Kesan 6.0 mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 bermula 1 Jun hingga 31 Ogos depan bagi membendung aktiviti pencatutan susulan krisis bekalan global. Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata, pelaksanaan operasi susulan krisis bekalan global pada […]
RM1.5 bilion pemberian khas untuk Sabah, hak 40 peratus tetap dilaksanakan – PM

PENAMPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan bayaran interim pemberian khas untuk Sabah kepada RM1.5 bilion, berbanding RM600 juta sebelum ini. Peningkatan itu diumumkan Perdana Menteri ketika merasmikan sambutan Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, pada Sabtu. Pada masa yang sama, Anwar turut mengulangi komitmen Kerajaan Madani pimpinannya […]
Kaamatan satukan masyarakat berbilang kaum, agama dan latar belakang di Sabah – Tun Musa

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, berkata Kaamatan telah berkembang menjadi perayaan yang menyatukan seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang seiring peredaran zaman. Menerusi perutusan Kaamatan sempena sambutan kemuncak perayaan itu pada 30 dan 31 Mei, Tun Musa berkata keharmonian dan persefahaman yang dinikmati rakyat Sabah sejak sekian […]
PM diharap bawa ‘khabar gembira’ untuk rakyat Sabah

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah mengharapkan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah hari ini akan membawa ‘khabar gambira’ berhubung status pelaksanaan hak 40 peratus negeri ini. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Sabah, Datuk Masiung Banah, berkata ealaupun hak Sabah itu dalam proses perundangan di Mahkamah Rayuan, rakyat dan kerajaan negeri ini tetap berpendirian […]
PM dijangka jelaskan isu 40 peratus di Hongkod Koisaan, Penampang hari ini

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menjelaskan isu 40 peratus ketika hadir merasmikan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang, hari ini. Perkara itu disebutnya selepas ditanya wartawan maklum balasnya terhadap kenyataan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali mengenai isu berkenaan di ibu negara pada […]