Pemandu maut dihempap pokok tumbang

NABAWAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Sepulut – Kalabakan, berhampiran Kantin Pertama, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 33 tahun dilaporkan memandu sebuah Toyota Hilux Vigo sebelum kenderaannya dihempap pokok yang tumbang secara tiba-tiba. Ketua […]
Tambahan dana RM1.5 bilion bolehkan kerajaan tumpu selesai isu asas secara menyeluruh – Azrul

KOTA KINABALU: Dana RM1.5 bilion yang bakal diterima Sabah menerusi bayaran interim pemberian khas dari Kerajaan Persekutuan disifatkan sebagai perkembangan penting dalam agenda pembangunan infrastruktur negeri ini. Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim, berkata tambahan dana itu meletakkan Sabah di landasan yang semakin kukuh dalam usaha mengatasi masalah infrastruktur asas, khususnya berkaitan […]
Cubaan ‘bunuh diri’ di tiang lampu gagal

KOTA KINABALU: Seorang remaja memanjat tiang lampu dalam cubaan ‘bunuh diri’ selepas merajuk dimarahi ibunya di Kampung Sembulan Lama, dekat sini, pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, lelaki berumur 18 tahun itu dikatakan merajuk setelah dimarahi ibunya sebelum lari ke tebingan Sungai Sembulan dekat Sadong Jaya dan memanjat tiang lampu. Dia dikatakan […]
12 pemimpin, 288 ahli ajaran sesat ditahan dalam operasi JHEAINS – PDRM

KOTA KINABALU: Seramai 300 individu termasuk 12 pemimpin dan penganjur utama sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan ajaran sesat ditahan dalam operasi penguatkuasaan bersepadu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dewan sebuah sekolah menengah di Likas, semalam. Operasi itu dijalankan ketika satu program yang menghimpunkan pengikut Jemaah Ahmadiyah […]
Lima cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kudat

KUDAT: Lima individu cedera dalam kemalangan jalan membabitkan lima kenderaan di Jalan Kampung Kandawayon, di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian jam 12.39 tengah malam itu, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Axia, Proton, dua Perodua Myvi dan sebuah Toyota Revo. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, PKPgB Darickson Galanang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung […]
Gelvia Vanessa dinobat juara unduk Ngadau Kaamatan 2026

PENAMPANG: Wakil daerah Papar Gelvia Vanessa Jenny dinobatkan sebagai Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2026 pada pertandingan akhir yang berlangsung di Hongkod Koisaan, di sini, hari ini. Kemenangan itu menyaksikan beliau berjaya mengetepikan saingan daripada 52 lagi finalis yang mewakili pelbagai daerah dan cawangan Kadazandusun Cultural Association (KDCA) dari seluruh Sabah serta Semenanjung Malaysia. Naib Juara […]
Dua sepupu lemas ketika mandi di kolam kuari

SANDAKAN: Dua remaja perempuan yang juga sepupu ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi-manda di sebuah kolam kuari di Kampung Gum-Gum, Jalan Kuari 5, di sini, petang tadi. Mangsa dikenali sebagai Nurfatin, 15, dan Nurdina Nirmala, 17, yang berjaya dikeluarkan dari kolam berkenaan hasil usaha orang awam serta pasukan penyelamat. Ketua Balai Bomba dan […]
Warga emas hilang dalam gua ketika cari sarang burung walit

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat ketika menjalankan aktiviti mencari sarang burung walit di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, sejak lima hari lalu. Mangsa, Ismail Ibrahim, 61, dikatakan memasuki gua berkenaan bersama dua rakannya pada Selasa lalu untuk mencari sarang burung walit sebelum dilaporkan hilang. Ketua Balai Bomba dan […]
KM ajak rakyat terus kukuhkan perpaduan, kebersamaan untuk kemajuan

PENAMPANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan keteguhan perpaduan dan kebersamaan sebagai teras utama untuk maju ke arah memastikan kelestarian pembangunan Sabah selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Katanya, perkara itu seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang sememangnya komited dan akan terus melipatgandakan usaha bagi memastikan kepesatan pembangunan negeri dan kebajikan […]
Kerajaan alu-alukan bayaran interim RM1.5 bilion, berharap dapat disalurkan cepat

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri berharap bayaran interim pemberian khas RM1.5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu dapat disalurkan secepat mungkin demi manfaat rakyat Sabah. Sambil mengalu-alukan pengumuman itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia membuktikan kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Anwar adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan menunaikan janji. […]