Search

Warga emas melecur, rumah terbakar 90 peratus

TUARAN: Seorang lelaki warga emas melecur di bahagian tangan kanan selepas rumah didiaminya terbakar dalam kejadian di hadapan Tamparuli Point, Tamparuli, petang tadi. Dalam kejadian itu, rumah jenis tidak kekal berkeluasan kira-kira 64 meter persegi dilaporkan terbakar sehingga 90 peratus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong AK Beki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan […]

UPKO mahu permohonan Kerajaan Persekutuan tangguh pelaksanaan hak 40 peratus Sabah dicabar

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mahu permohonan ‘stay of execution’ yang difailkan Kerajaan Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai hak 40 peratus hasil Sabah dicabar di Sabah. Presidennya, Datuk Ewon Benedick berkata, Jabatan Peguam Negara memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini menetapkan tempoh 180 hari bagi […]

Hina kitab suci perbuatan melampau, tidak bertamadun – Mustapha

KOTA KINABALU: Perbuatan menghina kitab suci al-Quran disifatkan sebagai perbuatan melampau, tidak bertamadun dan melanggar prinsip Rukun Negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata ia adalah jenayah dan perbuatan yang kurang ajar lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadan. Katanya, perbuatan itu bertentangan dengan budaya Sabah yang amat menjunjung keharmonian […]

Kecuaian pemandu punca kemalangan kereta api di Tenom

KOTA KINABALU: Kecuaian pemandu kereta api (railbus) yang gagal menjalankan pemeriksaan jentera sebelum memulakan perjalanan dikenal pasti sebagai punca kemalangan kereta api di Tenom pada 3 Mac lalu. Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menerusi kenyataan pada Rabu, berkata ia hasil siasatan dalaman yang dijalankan Board of Enquiry (BOE) pada 9 Mac 2026 berhubung insiden perlanggaran […]

Banjir di Kota Marudu, Pitas pulih, situasi di Paitan kekal

KOTA KINABALU: Banjir di Kota Marudu dan Pitas dilapor beransur pulih pada Rabu dengan semua mangsa yang dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibenarkan pulang petang ini. Hanya di Paitan keadaan banjir dilapor belum pulih dengan jumlah mangsa dipindahkan ke PPS menunjukkan sedikit peningkatan kepada 270 orang setakat jam 4 petang ini, berbanding 266 orang […]

Tiga blok bangunan termasuk hotel ditutup, MPS isytihar kawasan bencana

SANDAKAN: Kawasan tanah runtuh yang mengakibatkan seorang pekerja hotel maut selepas tertimbus tanah di sini, hari ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana dan ditutup sementara kerana dibimbangi masih berlaku pergerakan tanah. Ia merangkumi tiga blok bangunan termasuk sebuah hotel tiga tingkat dengan jumlah keseluruhan yang terjejas iaitu 32 unit kedai dan rumah, selepas berlaku runtuhan tanah […]

Bantuan tunai RM10,000 kepada waris mangsa tanah runtuh Sandakan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan tunai sebanyak RM10,000 kepada keluarga seorang lelaki warga emas yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Sandakan pada awal pagi Rabu. Menerusi satu kenyataan, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah, Datuk Awang Shahminan Sahari, berkata Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson sudah diarahkan untuk mengesan […]

1,306 mangsa banjir dipindah di utara Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 1,306 mangsa banjir membabitkan 699 keluarga di Kota Marudu, Pitas dan Paitan dipindahkan di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas tiga daerah itu diisytihar dilanda bencana banjir sejak Selasa. Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri setakat tengah hari ini, Kota Marudu merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 998 mangsa, diikuti Paitan […]

Cubaan seleweng 9,000 liter diesel subsidi terbongkar

LAHAD DATU: Cubaan menyeleweng minyak diesel subsidi terbongkar apabila Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki bersama sebuah lori tangki dalam serbuan di sebuah stesen minyak di sini, malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 10.30 malam itu, lelaki berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika mengisi minyak diesel ke dalam tangki asal sebuah lori jenis Nissan […]

Warga emas maut tertimbus tanah runtuh

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas tertimbus tanah runtuh ketika cuba menghidupkan set janakuasa di bahagian belakang sebuah hotel di pusat bandar, di sini, dalam kejadian awal pagi tadi. Mangsa, Agustine Frederick J. Lingam, 76, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dikeluarkan oleh pasukan penyelamat. Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku ketika cuaca hujan lebat […]