Search

Misteri bau busuk bongkar penemuan mayat lelaki

KINARUT: Misteri bau busuk yang dihidu penghuni sebuah kondominium di kawasan Puncak Gloxinia, di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di kediamannya, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, lelaki tempatan berusia 32 tahun ditemui terbaring di ruang tamu kediaman berkenaan selepas pintu rumah dibuka dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia […]

Segerakan pelan tindakan tangani kesan ekonomi global akibat perang – Masiung

KOTA KINABALU: Kelab Penyokong Kerajaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mengingatkan kerajaan supaya menyediakan pelan tindakan segera bagi mendepani kesan ekonomi global berikutan ketegangan yang memuncak di Asia Barat. Pengerusinya, Datuk Masiung Banah, menegaskan sepatutnya kerajaan Pusat sepatutnya sudah mengariskan langkah jangka pendek dan sederhana menghadapi kenaikan drastik harga minyak mentah dunia. Beliau berkata, harga […]

Penunggang motosikal maut, rakan parah

BEAUFORT: Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 19 Jalan Beaufort – Papar berhampiran Taman Emas Takapan, malam tadi. Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, mangsa, Herrvin Rowell Sylvester, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pembonceng Muhammad Syahdan Saiffudin Shamsul, 14, yang […]

Lelaki hilang di kebun, operasi SAR hari kedua digerakkan

TUARAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika berada di kebun di Kampung Paka, Kiulu, di sini, sejak Selasa lalu masih belum ditemui setakat hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini. Mangsa dikenali sebagai Jantannius Poulus, 45, dilaporkan hilang ketika berada di kebun bersama rakannya sebelum disedari tidak berada di lokasi ketika rakannya kembali […]

Rempuh belakang kereta, penunggang motosikal maut

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di atas jambatan Jalan Tun Fuad Stephan, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa lelaki berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot […]

100 asnaf terima zakat wakalah Sabah Electricity

KOTA KINABALU: Seramai 100 golongan asnaf di kawasan Putatan menerima bantuan Wakalah Zakat daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) bagi meringankan beban dan berkongsi rezeki pada bulan Ramadan. Sumbangan zakat itu diserahkan Pengerusi Sabah Electricity, Saadiah Aziz pada Majlis Sesuci Budi Seikhlas Ramadan anjuran Sabah Electricity di Masjid Nurul Ihsan, Putatan pada Isnin. Penganjuran […]

Final Piala Cabaran: Sebulan siapkan Sang Badak untuk aksi berbeza lawan Pulau Pinang

KOTA KINABALU: Sabah FC ada masa kira-kira sebulan bagi mempersiapkan diri untuk tampil dengan permainan berbeza pada perlawanan akhir Piala Cabaran menentang Pulau Pinang FC pada April depan. Ketua Jurulatihnya, Juan Torres Garrido, berkata tempoh itu digunakan sepenuhnya memperbaiki pasukan, namun mengakui Sang Badak perlu bersedia sebaik mungkin bagi menghadapi Pulau Pinang. “Bagi saya, perlawanan […]

Hibiscus Malaysia bawa keceriaan Aidilfitri kepada kanak-kanak rumah kebajikan

KOTA KINABALU: Seramai 99 kanak-kanak daripada empat rumah kebajikan di Sabah berpeluang memilih sendiri pakaian baharu sempena Aidilfitri menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Hibiscus Malaysia, baru-baru ini. Program itu menyaksikan sukarelawan syarikat minyak dan gas berkenaan menemani kanak-kanak terbabit membeli baju Melayu dan baju kurung bagi memastikan mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan pakaian […]

Bas persiaran disita, LKM tamat tempoh tiada insurans

KOTA KINABALU: Sebuah bas persiaran disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah selepas didapati beroperasi dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh selain tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah. Dalam operasi di Jalan Putatan, semalam, kenderaan perkhidmatan awam jenis window van itu ditahan anggota penguat kuasa sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan. JPJ Sabah dalam kenyataan yang dimuat […]

Sabah layak ke perlawanan akhir Piala Cabaran 2026

KOTA KINABALU: Sabah FC berjaya ke perlawanan akhir Piala Cabaran 2026 selepas menewaskan Perak FA 1-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, di sini, malam ini. Skuad Sang Badak itu melakar agregat yang sama selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan pertama separuh akhir di Manjung, Perak pada 4 Mac lalu. Gol tunggal Sabah […]