Search

20 kubur terjejas tanah runtuh

SANDAKAN: Kira-kira 20 petak kubur di Tanah Perkuburan Jalan Sim Sim, di sini dilaporkan terjejas susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan berkenaan, pagi ini. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Sulaiman Salama berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6 pagi dengan runtuhan dipercayai berlaku susulan hujan lebat yang berterusan sejak semalam. […]

1,530 peket minyak masak cuba diseludup ke negara jiran dirampas

SEMPORNA: Cubaan menyeludup 1,530 peket minyak masak ke negara jiran digagalkan dalam operasi bersepadu di perairan Singamata dan Pulau Bum-Bum, di sini, semalam. Dalam operasi itu, anggota Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak berjaya menahan sebuah bot kayu yang mencurigakan ketika melakukan rondaan laut menerusi Op Taring ESSZONE – Op Taring Bravo 3. Batalion […]

UMNO Sabah kutuk tindakan biadab hina al-Quran

KOTA KINABALU: UMNO Sabah mengecam keras tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa menghina kesucian al-Quran menerusi satu hantaran yang tular di media sosial baru-baru ini. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah, Samasuddin Yusop@SBY dalam satu kenyataan hari ini berkata, UMNO Sabah menyifatkan perbuatan memijak dan mencemarkan kitab suci umat Islam itu sebagai tindakan melampau yang mampu […]

Jenama makanan segera Sabah, Chunk & Dunk tembusi pasaran Filipina

KOTA KINABALU: Jenama makanan segera tempatan dari Sabah, Chunk & Dunk mencipta sejarah tersendiri apabila mengumumkan pengembangan antarabangsa pertama ke Filipina, sekali gus menandakan kemunculan global jenama itu di luar Malaysia. Langkah itu menjadikan Chunk & Dunk sebagai rangkaian makanan segera milik anak Sabah pertama yang berjaya membuka cawangan antarabangsa, sekali gus mencipta penanda aras […]

Cuti tambahan 18 Mac sempena Aidilfitri

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac ini kepada semua sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026. Dalam kenyataan media hari ini, kementerian memaklumkan cuti tambahan itu diberikan bagi memberi ruang kepada warga guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan sewajarnya menjelang perayaan berkenaan. Menurut kenyataan itu, berdasarkan […]

Mini estet tingkatkan SSL padi dan beras di Sabah

KOTA BELUD: Pendekatan mini estet padi di kawasan sawah terbiar di negeri ini akan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap sara diri (SSL) padi dan beras di Sabah. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar, berkata inisiatif itu dibincangkan dalam sesi libat urus bersama pelbagai agensi pertanian di peringkat negeri dan Persekutuan. Katanya, satu […]

Stor ayam, daging sejuk beku tamat tempoh digempur di Kudat

KUDAT: Sebuah rumah dipercayai dijadikan stor penyimpanan produk ayam dan daging sejuk beku digempur Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa agensi di Jalan Pinagsu, di sini, semalam. Serbuan dijalankan menerusi Operasi Inter – Agensi yang turut membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kudat bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kudat selepas premis […]

PPM Sabah gempur penyeludupan, rampas lebih RM182,000

SEMPORNA: Aktiviti penyeludupan di Pantai Timur Sabah terus digempur apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan beberapa kegiatan menyeleweng barang kawalan serta rokok seludup menerusi operasi serentak di Semporna, Tawau dan Lahad Datu, semalam. Dalam operasi di Kampung Halo, Semporna, pasukan PPM menyerbu sebuah rumah tidak bernombor atas air sebelum menemukan 52 […]

Banjir berulang di Pitas, Kota Marudu dan Paitan

KOTA KINABALU: Tiga daerah di utara Sabah kembali dilanda banjir hari ini selepas berdepan bencana sama pada pertengahan Februari lalu. Daerah terbabit, iaitu Kota Marudu dan Paitan, masing-masing diisytihar dilanda banjir pada jam 10 dan 11 pagi tadi, manakala Pitas diisytihar banjir pada jam 2 petang, hari ini. Ia menjadikan tiga daerah itu sekali lagi […]

‘Ronald mahu dipecat, bukan sekadar digantung BERSATU’

KOTA KINABALU: “Mengapa sekadar digantung? Jika benar bersalah, pecat sahaja,” luah Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee selepas digantung selama dua penggal daripada BERSATU, berkuatkuasa hari ini. Berikutan penggantungan itu yang dibuat Lembaga Disipilin BERSATU selepas bermesyuarat semalam, Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran hilang semua jawatan dalam parti. Berdasarkan perkongsian di Facebook […]