Search

Skim harga maksimum Aidilfitri 2026 bermula 14 Mac

KOTA KINABALU: Kerajaan akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2026 selama 15 hari bermula 14 hingga 28 Mac ini bagi memastikan harga barangan keperluan kekal terkawal sepanjang musim perayaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata tempoh pelaksanaan itu meliputi tujuh hari sebelum perayaan, […]

Pengukuhan keselamatan agenda utama pembangunan Sabah – KM

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak berkompromi dalam usaha memperkukuh keselamatan sejajar usaha memastikan Sabah terus menikmati pertumbuhan ekonomi yang baik dan membawa kesejahteraan rakyat di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata, Sabah berpotensi besar untuk menjadi Hab Ekonomi Biru di Asean Timur berdasarkan kekayaan biodiversiti lautnya […]

Paitan turut diisytihar banjir

KOTA KINABALU: Daerah Paitan sekali lagi diisytihar dilanda banjir, hari ini setelah terjejas teruk akibat bencana itu pada Februari lalu. Bencana kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan itu diisytihar Pegawai Daerah Paitan, Joloning Joe Majambu pada jam 11 pagi Selasa. “Dengan ini berdasarkan maklumat di lapangan dan laporan yang saya terima daripada Agensi Tindak Balas […]

Ops Gempur Khas: JSJN Sabah terus gempur sarang dadah

SEMPORNA: Selepas operasi bersepadu dijalankan di Kota Kinabalu, Tuaran dan Tawau, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah meneruskan momentum perang terhadap dadah apabila melaksanakan Ops Gempur Khas di Kampung Bangau-Bangau, di sini, awal pagi semalam. Operasi yang bermula kira-kira 2.30 pagi hingga 7.20 pagi itu menyaksikan pasukan JSJN IPK Sabah dibantu anggota Bahagian Siasatan Jenayah […]

Mayat wanita terapung di Pulau Gaya belum dituntut

KOTA KINABALU: Polis memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris seorang wanita yang ditemui meninggal dunia selepas mayatnya ditemui terapung di kawasan perairan Kampung Kesuapan, Pulau Gaya, di sini, pada 8 Mac lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, polis menerima maklumat daripada Ketua Kampung berhubung penemuan mayat seorang wanita yang terapung di […]

Cuaca buruk di utara Sabah dan Sandakan, banjir diisytihar di Kota Marudu

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk berikutan hujan berterusan di kawasan utara Sabah dan Sandakan, bermula Selasa hingga Rabu. Menerusi kenyataan dikeluarkan jabatan itu pada jam 10.30 pagi Selasa, daerah yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat. Selain itu, kawasan pantai barat dan pantai timur, khususnya […]

Lebih 20,000 bungkus ‘Hero Meals’ diagih kepada mangsa banjir

KOTA KINABALU: Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) menggerakkan misi bantuan kemanusiaan bagi membantu komuniti yang terjejas akibat banjir di Paitan, Pitas, Sook, Beaufort, Membakut, Sipitang dan Tenom. Menerusi inisiatif Disaster Monitoring Hub (D-Hub), IDS setakat ini mengedarkan sebanyak 20,440 bungkus makanan sedia dimakan (ready-to-eat meal) bersama air minuman kepada mangsa banjir melalui penyelarasan pasukan di […]

Wanita hamil antara ditahan dalam serbuan pusat hiburan

TAWAU: Seorang wanita warga asing yang disahkan hamil antara yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan di tiga pusat hiburan di daerah ini, awal pagi semalam. Dalam operasi bermula kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 5 pagi itu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah memeriksa seramai 42 individu di tiga premis hiburan sekitar […]

Armada BERSATU Sabah lumpuh, pemimpin letak jawatan dan keluar parti

KOTA KINABALU: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Sabah lumpuh selepas 15 pemimpinnya mengumumkan keluar parti pada Isnin. Menerusi satu kenyataan, ketua pergerakan itu, Mohd Hisyam Hazaril Mohd Azman, berkata beliau bersama Ketua-Ketua Armada Bahagian dan Ahli Jawatankuasa Armada Negeri serta Pusat, meletakkan jawatan daripada semua jawatan yang disandang dalam ARMADA […]

KM berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Bolong Lama

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Nurusaadah, Kampung Bolong Lama di sini, pada Isnin. Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 200 penerima terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin, warga emas dan orang kurang upaya (OKU). Majlis anjuran Yayasan Kebajikan Sabah […]