BANJIR KILAT LANDA BEBERAPA KAWASAN DI KOTA KINABALU, PENAMPANG

KOTA KINABALU: Hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar daerah ini serta Penampang dilanda banjir. Antara lokasi berkenaan termasuklah Telipok, Inanam, Likas, Sepanggar, Indah Permai, Kolombong, Lido dan Kepayan. Banjir kilat di daerah Penampang menenggelamkan Jalan Kibabaig, Jalan Bundusan, Jalan Penampang Lama, Jalan Kolopis dan beberapa lagi kawasan sekitarnya. […]
BANJIR DI SIPITANG: TUJUH KELUARGA DIPINDAHKAN KE PPS
SIPITANG: Berikutan banjir melanda membabitkan empat kampung di daerah ini sejak malam tadi, seramai 19 penduduk membabitkan tujuh keluarga dari dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Antara kampung yang terjejas banjir iaitu Kampung Kaban, Kampung Pantai, Tanjung Nipis, dan Kampung Ranau-Ranau. Semua penduduk terjejas dipindahkan ke PPS Dewan Mesapol bermula jam 9.50 malam hingga 6 […]
BANJIR SABAH MAKIN PULIH, 707 MANGSA MASIH DI TUJUH PPS
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir bagi daerah Beaufort dan Tenom menurun pagi ini kepada 707 orang berbanding 1,435 mangsa semalam. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan semua mangsa berkenaan daripada 323 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir sejak Isnin lalu dansemua mangsa banjir di dua daerah terbabit kini masih ditempatkan di […]
SERAMAI 1,958 MANGSA BANJIR DI TENOM, BEAUFORT SETAKAT PAGI INI
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda daerah Tenom dan Beaufort kini seramai 1,958 orang, setakat jam 8 pagi ini. Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah mangsa di Tenom ialah seramai 1,608 orang membabitkan 638 keluarga manakala di Beaufort seramai 350 orang membabit 95 keluarga. […]
24 SEKOLAH DITUTUP, 4,526 MURID TERJEJAS AKIBAT BANJIR
KOTA KINABALU: Jumlah sekolah yang terkesan akibat banjir di Sabah terus meningkat apabila sebanyak 24 buah sekolah terpaksa ditutup buat sementara waktu. Pengarah Pendidikan negeri, Mistrine Radin berkata, penutupan sekolah itu membabitkan 17 buah di Beaufort dan tujuh buah di Tenom “Jumlah murid yang terjejas akibat penutupan sekolah itu ialah seramai 4,526 orang manakala jumlah […]
TERKILAN BARANGAN KEPERLUAN AIDILFITRI MUSNAH AKIBAT BANJIR
BEAUFORT: “Sebagai ibu, sudah tentu saya sedih semua barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri musnah akibat banjir. “Tetapi saya bersyukur dapat menyelamatkan diri bersama empat orang anak ke pusat pemindahan sementara ini,” kata salah seorang mangsa banjir, Normin Nordin, 31. Berasal dari Kampung Bakalau, Normin berkata, perasaan sedih pastinya ada kerana baru sahaja menyambut kedatangan Syawal […]
18 KAMPUNG TERJEJAS AKIBAT BANJIR DI TENOM, ENAM PPS MULA DIBUKA
TENOM: Sebanyak enam Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka selepas 18 kampung di daerah ini dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda sejak petang semalam. Setakat ini, paras air di daerah ini juga mencatatkan paras bahaya apabila mencecah ketinggian 177.40 meter setakat jam 9.30 pagi tadi. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) […]
36 KAMPUNG DI BEAUFORT DILANDA BANJIR
BEAUFORT: Sebanyak 36 buah kampung di sekitar daerah ini dilanda banjir berikutan limpahan air Sungai Padas yang melepasi paras bahaya, hari ini. Limpahan air sungai terbabit berlaku susulan hujan berterusan di kawasan hulu khususnya di daerah pedalaman sejak beberapa hari lalu. Kampung yang terlibat ialah Batu 58, Batu 60, Batu 65, Jempangah, Binunuk, Balibata, Kuarters […]
LAPAN SEKOLAH DILANDA BANJIR, 2,425 MURID TERJEJAS
KOTA KINABALU: Sebanyak lapan buah sekolah di Sabah membabitkan 2,425 murid dan 204 guru terjejas akibat banjir yang berlaku sejak semalam. Pengarah Pendidikan Sabah, Mistrine Radin berkata, sekolah yang terbabit ialah di daerah Tenom, Beaufort dan Penampang. Katanya, kesemua murid dan guru yang terlibat akan menjalani pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PdPR) sehingga kerja-kerja pembersihan […]