Search

Mayat lelaki disyaki dibaham buaya ditemui di ulu sungai Kalabakan

TAWAU: Lelaki yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di hulu sungai Kampung Mangga, Kalabakan, di sini, semalam ditemukan hari ini. Mayat Asmadi Harun, 57, ditemui penduduk kampung 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, jam 4.30 pagi. Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh […]

Tiga buaya ditembak mati di Lahad Datu

LAHAD DATU: Tiga ekor buaya jantan berjaya ditembak mati dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar di daerah ini, kelmarin. Operasi yang dijalankan bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang itu juga berjaya menembak mati salah seekor buaya bersaiz besar berukuran kira-kira 3.4 meter panjang. Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner […]

Pekerja ladang hilang dipercayai dibaham buaya

KINABATANGAN: Seorang pekerja ladang dilaporkan hilang dan dikhuatiri dibaham buaya dalam kejadian di Ladang Limddale, Paris 2, di sini, hari ini. Mangsa yang dikenali sebagai Roberto Martinus, 37, dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti memancing di kawasan berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba Azlan Shah Jamalluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan […]

Warga emas parah diserang buaya di Kudat

KUDAT: Seorang wanita warga emas parah selepas diserang seekor buaya dalam kejadian di sungai Kampung Damaran, Pulau Banggi, di sini, hari ini. Mangsa berusia 79 tahun cedera di kaki dan tangan akibat dibaham buaya berkenaan. Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan jam 1.53 tengah hari daripada anak saudara mangsa. […]

Lagi buaya besar ditumpaskan di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seekor lagi buaya besar berjaya ditangkap sebelum ditembak pihak berkuasa di Kampung Remang, di sini, malam tadi. Reptilia sepanjang 4.8 meter dan lebar kira-kira satu meter itu ditemukan di belakang rumah penduduk kampung berkenaan. Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, bertindak atas aduan kehadiran reptilia itu, sepasukan kakitangan JHL […]

Buaya 1.2 tan tumpas

LAHAD DATU: Bukan calang-calang buaya dijinakkan sebaliknya reptilia seberat lebih 1.2 tan berjaya ditangkap sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kejadian di Kampung Desa Bajau, di sini, semalam. Reptilia berukuran hampir lima meter panjang dan lebat 1.8 meter ditemukan dan ditangkap di kolong rumah atas air, jam 8.50 malam. Pegawai APM Lahad Datu, […]

Lelaki hilang, diheret buaya ketika cuci tangan di tepi sungai

BELURAN: Seorang lelaki hilang selepas diheret buaya ketika sedang mencuci tangan dan kaki di tepi Sungai Rawog, di Ladang Linbar 2, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Rudi Amiruddin, 28, sehingga kini masih belum ditemui dengan operasi mencari masih giat dijalankan. Difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya sedang melakukan aktiviti […]

Sang bedal ‘berkunjung’ ke rumah

PUTATAN: Penghuni sebuah rumah di Kampung Ketiau, di sini, dikejutkan dengan kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ seekor buaya sepanjang dua meter di depan rumah mereka, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, penghuni mulanya menganggap haiwan yang memasuki kawasan rumahnya adalah seekor biawak. Namun selepas didekat haiwan itu adalah buaya sebelum bertindak menghubungi Angkatan […]

Anak buaya ‘berjemur’ di Tamparuli

TAMPARULI: Seekor anak buaya kelihatan ‘berjemur’ di tepi sungai dekat Jambatan Tamparuli, di sini, hari ini. Kehadiran reptilia berkenaan disedari oleh seorang penduduk kira-kira jam 8.50 pagi yang kebetulan berada di kawasan itu. Anak buaya berukuran kira-kira dua meter itu kelihatan ‘berjemur’ beberapa minit sebelum masuk semula ke dalam sungai. Video kehadiran anak buaya itu […]

WANITA WARGA EMAS MAUT DISERANG BUAYA

KOTA MARUDU: Seorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia ekoran diserang buaya dalam kejadian di Sungai Bengkoka Kampung Sinasak Batu Pitas, di sini pada Ahad. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 66 tahun terbabit dikatakan diserang seekor buaya secara tiba-tibaketika membaiki pam air di sungai berkenaan bersama cucunya. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, […]