Penunggang motosikal maut tersepit bawah lori

PAPAR: Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah lori dalam kejadian di Jalan Benoni, di sini, hari ini. Mangsa Moksin Aduruk, 48, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday […]
Mertua, menantu maut kereta terjunam ke dalam laut

LAHAD DATU: Dua lelaki ditemukan maut akibat lemas apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam laut di Jalan Batu 7, Kampung Payang, Lahad Datu, malam tadi. Mayat dikenali sebagai Edwin, 25, dan bapa mertuanya Chan Wai Hou, 66, ditemukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pasukan bomba. Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) […]
Abang disyaki pukul adik hingga mati

KOTA KINABALU: Seorang wanita maut dipercayai dipukul oleh abang kandungnya dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Signal Hill, di sini, pada 4 Mei lalu. Mangsa berusia 25 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri dengan kesan luka yang teruk dan berdarah di muka oleh ayahnya jam 4.30 petang. Mangsa kemudian dihantar ke […]
Adik tidak pulang rumah, ditemui maut kena renjatan

LABUAN: Misteri seorang remaja lelaki yang tidak pulang ke rumah akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui terbaring di laluan pejalan kaki, di Jalan Tanjung Purun, di sini, semalam. Mayat Ryandeigo Roselee, 18, beralamat di Kampung Pauh Tulid Sook, Keningau ditemui oleh abang mangsa sebelum menghubungi pihak polis jam 12.05 tengah malam. Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan […]
Pemandu maut, empat penumpang parah

TAWAU: Seorang pemandu maut, manakala empat penumpang lain termasuk dua kanak-kanak parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas Kilometer 43 Jalan Tawau – Kalabakan, di sini, semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang apabila kereta jenis Proton Saga dari Brantian menghala ke Bandar Tawau dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas masuk ke dalam longkang kecil. Timbalan Ketua […]
Kanak-kanak maut terkena tembakan di kepala

KENINGAU: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri jenis pump gun ketika bermain dengan rakannya di Kampung Sosogoh Salong Pagalungan, di sini, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata, mangsa berusia tujuh tahun itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan. “Kes dikesan ketika […]
Adik maut, abang cedera kemalangan di Beluran

BELURAN: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang abangnya terbabit kemalangan dengan lori tangki di Jalan Paitan, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa berusia 14 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala abangnya berusia 18 tahun cedera ringan. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati […]
Remaja OKU maut dipanah petir, rakan kritikal

PAPAR: Seorang remaja lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) maut manakala seorang lagi rakannya kritikal selepas dipanah petir ketika bermain bola di padang Pekan Papar, di sini, hari ini. Dalam insiden kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa, Muhammad Zulqilfle Redzwan berusia 13 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi kejadian manakala rakannya […]
Pemandu maut langgar lori tangki minyak

PENAMPANG: Seorang lelaki maut dalam kemalangan apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar lori tangki minyak di Jalan Sapulut – Donggongon – Tambunan, dekat Kampung Madsiang, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 4.25 pagi itu, pemandu kereta jenis Perodua Viva berusia 30 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan. […]
Pekerja restoran maut dirempuh kereta ketika ke surau

KOTA KINABALU: Seorang maut manakala dua rakannya selamat selepas dirempuh kereta di Jalan Lintas, berhampiran Restoran Maimunah, Cybercity, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, ketiga-tiga mangsa warganegara India terbabit dikatakan sedang berjalan menuju ke Surau Istiqomah, Taman Olivia, untuk menunaikan solat subuh. Bagaimanapun, ketika cuba melintasi jalan, sebuah kereta Toyota […]