Search

LELAKI MAUT DIHEMPAP ‘FORKLIFT’ DIKENDALINYA

SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas dihempap ‘forklift’ yang dikendalinya sendiri ketika sedang menjalankan kerja-kerja mengangkat mesin, dalam kejadian di Jalan Karamunting, Pelabuhan Sabah, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan gagal mengawal jentera terbabit sebelum terbalik dan terus menghempap mangsa. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) […]

BERGADUH DI HADAPAN PUSAT HIBURAN, 17 LELAKI DITAHAN

SANDAKAN: Polis menahan 17 lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan, di Bandar Utama Batu 6, di sini, Sabtu lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, kesemua individu berusia antara 19 hingga 40 tahun itu ditahan selepas video pergaduhan terbabit menjadi viral di media sosial. “Siasatan mendapati […]

TIGA DITAHAN KERANA TERBABIT AKTIVITI SELUDUP PETROL BERSUBSIDI

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan tiga individu termasuk seorang remaja warga asing selepas didapati terbabit dalam aktiviti menyeludup petrol bersubsidi di sebuah stesen minyak di Batu 32, Sandakan, semalam. Operasi kira-kira jam 1.30 pagi itu dilakukan anggota Tiger Platon Batalion 15 PGA dan anggota Task Force Perisikan Batalion 15 PGA Sandakan. Komander Briged […]

SELEWENG PENJUALAN MINYAK MASAK, LIMA LELAKI DICEKUP

SANDAKAN: Pasukan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menahan lima lelaki selepas dipercayai terbabit kegiatan penyelewengan 7,633 kilogram minyak masak bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Gereja, Batu Sembilan, di sini, Sabtu lalu. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, serbuan dijalankan selepas risikan selama seminggu dijalankan […]

WANITA MAUT DIBUNUH TEMAN LELAKI ANAK

SANDAKAN: Seorang wanita warga asingditemui maut dengan kesan kelar pada leher dipercayai dibunuh teman lelaki anaknya dalam kejadian di Apartment Taman Sentosa, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal polis mendapatiwanita warga Indonesia berusia 59 tahun berkenaan tinggal bersama anak perempuannya yang berusia 25 tahun. “Suspek […]

GADUH RAMAI-RAMAI DI SANDAKAN, 21 PELAJAR DITAHAN

SANDAKAN: Polis menahan 21 pelajar dan seorang bekas pelajar yang dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan di sini, yang tular di media sosial, semalam. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, semua yang ditahan berusia lingkungan 14 hingga 18 tahun. Katanya, mereka yang terbabit dalam insiden ini membabitkan tiga sekolah menengah berasingan […]

PERGADUHAN PELAJAR DI SANDAKAN, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN

SANDAKAN: Polis akan menyiasat kejadian sekumpulan pelajar sekolah menengah bergaduh sesama sendiri yang dipercayai berlaku di Sandakan. Video pergaduhan itu turut tular di media sosial dan siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku di Jalan Elopura, dekat sini. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca […]