Nahas 9 kenderaan di Sandakan, satu cedera

SANDAKAN: Sebuah lori 10 tan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh lapan kenderaan yang berhenti di hadapannya kerana jalan di kawasan berkenaan sedang diselenggara di Jalan Batu 30, di sini, hari ini. Kejadian jam 4.20 petang itu mengakibatkan dua lori, bas penumpang, Perodua Myvi, Proton Saga FLX, Toyota Revo, Toyota Hilux dan Ford Ranger masing-masing mengalami […]
Mayat remaja perempuan ditemui dalam semak, berlumpur dipercayai dibunuh

SANDAKAN: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai mangsa bunuh ditemui di dalam semak dan berlumpur di Kampung Forest, di sini, hari ini. Mayat remaja berusia 15 tahun itu ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Fuad Abdul Malek berkata, sejurus pihaknya menerima laporan mengenai kejadian […]
400 hilang tempat tinggal, 90 rumah atas air di Sandakan terbakar

SANDAKAN: Kira-kira 400 penghuni hilang tempat tinggal selepas lebih 90 rumah di perkampungan atas air di Kampung Cenderamata, Batu Sapi, di sini, musnah terbakar, pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 3 pagi dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat sehingga memusnahkan puluhan lagi rumah yang terletak berhampiran. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul […]
BOT PGA TERBAKAR DI SANDAKAN

SANDAKAN: Sebuah bot milik Pasukan Gerakan Am (PGA) terbakar di laut berhampiran Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan, di sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.49 pagi. Katanya, seramai sembilan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit […]
WARGA ASING TERJUN LAUT ELAK DIBERKAS DITEMUI MATI LEMAS

SANDAKAN: Seorang lelaki warga Filipina yang dilaporkan terjun ke laut kerana mengelak ditahan polis, di Kampung Pukat Pasir Putih, di sini, kelmarin ditemui lemas malam tadi. Mangsa berusia 18 tahun itu ditemui oleh rakan sekerjanya tidak jauh dari kawasan mangsa dipercayai terjun. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, […]
BERTEMPIARAN LARI TINGGALKAN MINYAK MASAK BERSUBSIDI SELEPAS DISERBU POLIS

SANDAKAN: Sekumpulan individu yang sedang memunggah sejumlah paket minyak masak bersubsidi dalam bungkusan plastik hitam bertempiaran lari selepas mereka diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan, di kawasan laut Pasar Umum, di sini, semalam. Dalam kejadian 6.10 petang, individu terbabit bertindak melarikan diri ke kawasan bandar dengan meninggalkan beberapa bungkusan plastik hitam yang berada di dalam […]
LANGGAR MYVI BEKAS TUNANG, LELAKI DITAHAN

SANDAKAN: Seorang lelaki warga tempatan ditahan berikutan tindakannya melanggar dengan sengaja kereta bekas tunang dalam kejadian di Bandar Indah, dekat sini, petang semalam. Dalam kejadian sekitar pukul 2 petang itu, suspek berusia 20an yang memandu Perodua Viva melanggar kereta Perodua Myvi tunangnya yang diletakkan dalam kawasan tempat letak kenderaan di hadapan sebuah pejabat. Ketua Polis […]
305 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI CUBA DISELUDUP KELUAR DIRAMPAS
SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas sebanyak 305 paket minyak masak bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup keluar dalam serbuan di Sungai Besar Tanjung Aru, di sini, kelmarin. Dalam operasi jam 12.20 tengah hari itu, semua minyak masak berkenaan ditemui disembunyikan di dalam sebuah bot yang berdaftar atas lesen perikanan. Pengarah Zon Maritim Sandakan, […]
BOMBA SELAMATKAN LELAKI CUBA TERJUN PANGSAPURI
SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki yang cuba terjun dari sebuah pangsapuri di Batu Tujuh, di sini, malam tadi berjaya dihalang pasukan bomba. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 20-an berkenaan dikatakan cuba terjun dari bangunan terbabit sebelum disedari penduduk sekitar. Difahamkan, orang awam yang berada di lokasi kejadian terus menghubungi pasukan bomba untuk […]
PEMBAIKAN CERUN RUNTUH DI KM 2.1 SANDAKAN DIMULAKAN BULAN DEPAN, KATA BUNG
SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan kerja pembaikan cerun runtuh di kilometer 2.1 Jalan Utama menuju pusat bandar berhampiran bulatan menara jam SM Sung Hiew akan di mulakan bulan depan . “Kerajaan sudah melulusan peruntukan sebanyak RM1.3 juta untuk kerja-kerja membaik pulih cerun berkenaan yang runtuh ekoran faktor cuaca yang tidak […]