Warga emas hilang dikhuatiri lemas

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas hilang ketika keluar untuk mengubati orang sakit di Pulau Buntal, di sini, semalam. Mangsa Jamil Samson, 60, dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Semaian ke Pulau Buntal pagi semalam menggunakan bot untuk mengubati orang sakit. Bagaimanapun mangsa tidak pulang ke rumahnya sehingga hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan […]
Seorang parah, dua cedera ringan nahas babit dua lori

SANDAKAN: Seorang pemandu parah manakala seorang lagi cedera ringan apabila lori satu tan yang dipandu masing-masing bertembung di Batu 20, Jalan Labuk, di sini, hari ini. Pemandu lori lelaki berusia 73 tahun patah kaki manakala seorang lagi pemandu lelaki berusia 84 dan penumpang berusia 23 tahun hanya cedera ringan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan […]
KPDN Sandakan tumpas kegiatan seleweng diesel

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan diesel dalam satu operasi di sebuah stor tidak bernombor, di Kampung Melayu, Batu 8, di sini, semalam. Hasil serbuan pada jam 4 petang itu, pasukan KPDN telah menemui dan menyita sebanyak 4,000 liter diesel di dalam skid tank […]
156 murid SK Nunuyan Laut teruja terima sumbangan alat persekolahan

SANDAKAN: Seramai 156 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nunuyan Laut, di sini, teruja apabila menerima sumbangan alat persekolahan yang disampaikan Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis Abdul Fuad Abdul Malek, semalam. Sumbangan berkenaan dibuat sempena Program ‘First Day At School’ anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sekolah berkenaan. Program itu diadakan juga adalah […]
Lans Koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,500

SANDAKAN: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM3,500 pada 21 Jun 2021. Mohd Razif Hashim, 30, yang berpangkat Lans Koperal membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Jason Juga selepas pertuduhan dibaca terhadapnya. Mengikut pertuduhan, dia disyaki secara rasuah […]
Bomba selamatkan kanak-kanak 2 tahun terperangkap dalam kereta

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terperangkap dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang terkunci di Batu 14, Jalan Sepilok, di sini hari ini berjaya diselamatkan dengan bantuan bomba. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.48 pagi. Katanya, […]
Dua sahabat maut kenderaan rempuh pokok

SANDAKAN: Dua sahabat maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka hilang kawalan lalu sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Utara Batu, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, pemandu Raynerd Noell Tan, 22, yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Rakan mangsa berusia 22 tahun yang turut tersepit di […]
Lelaki terjun laut di Pelabuhan Karamunting, ditemui lemas

SANDAKAN: Seorang lelaki warga Filipina dipercayai terjun ke laut di Pelabuhan Karamunting, di sini, Rabu lalu ditemui lemas, hari ini. Mayat Razmel Abdul Rahim, 31, ditemui Pasukan Polis Marin (PPM) ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) jam 8.39 pagi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa […]
Lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas terjun dari feri

SANDAKAN: Seorang lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke laut dalam kejadian di Pelabuhan Karamunting, di sini, semalam. Mangsa Razmel Abdul Rahim, 31, dikatakan secara tiba-tiba terjun ke laut melalui tingkap di tingkat empat sebuah feri yang ketika itu memulakan perjalanan ke Filipina, jam 6.45 petang. Saksi kejadian yang juga pengurus feri kemudian […]
PPM patahkan cubaan seleweng pelbagai barang kawalan

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan seleweng pelbagai barang kawalan menggunakan bot laju di kawasan Sungai Kampung Mangkalinau, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, sepasukan PPM Sandakan yang menjalankan Ops Gelora menggunakan bot ronda mengesan sebuah bot laju yang mencurigakan. Ketika dihampiri, bot laju berkenaan bertindak memecut ke arah tepi […]