Search

242 PATI warga Filipina dihantar pulang ke negara asal

KOTA KINABALU: Seramai 242 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 12, melalui Pelabuhan Sandakan, kelmarin. Semua PATI berkenaan sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Papar dan Tawau dihantar ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan pengangkutan laut. Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sharifah Sitti […]

PPM tahan juragan cuba seludup barang kawalan

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar barang kawalan dalam Op Taring Gelora di kawasan perairan dekat Pasar Umum Sandakan, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, bot ronda PPM Sandakan yang sedang membuat rondaan mengesan kelibat individu yang mencurigakan sedang memunggah sesuatu ke dalam bot yang berikat di Jeti Pasar […]

Pejalan kaki cedera dirempuh kereta terbabas

SANDAKAN: Seorang pejalan kaki wanita cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas di Jalan Seguntur Jaya, Batu 11, di sini, petang tadi. Mangsa Paron Rufina Ubi, 23, cedera di pipi sebelah kanan dihantar ke Hospital Duchess of Kent, oleh kenderaan awam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya […]

Nelayan dikhuatiri lemas ketika memukat udang di Pulau Berhala

SANDAKAN: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot ketika keluar memukat udang di perairan Pulau Berhala, di sini, semalam. Mangsa, Mohammad Saidin Salapudin, 33, dikatakan keluar dari Jeti Pulau Berhala pada 6 pagi Jumaat dan sepatutnya pulang jam 3 petang hari sama. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Agensi Penguatkuasaan […]

PPM Sandakan patahkan cubaan seludup barang kawalan ke Filipina

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sandakan mematahkan cubaan menyeludup keluar barang kawalan ke Filipina di Sungai Batu Putih, di sini, hari ini. Menerusi Op Taring Gelora, kira-kira 1 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Polis Marin Sandakan yang sedang dalam rondaan di Sungai Batu Putih, terlihat beberapa orang yang mencurigakan sedang memunggah sesuatu […]

PPM rampas 200 kilogram ikan, udang

SANDAKAN: Padah menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan, sebuah bot nelayan bersama juragan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sandakan. Menerusi Op Taring Gelora jam 10.30 pagi, kelmarin bot nelayan dijuragani lelaki tempatan berusia 62 tahun ditahan kerana menunda pukat di kawasan dalam lingkungan tiga batu nautika dari pantai Tanjung Nuing hingga Tanjung […]

1 maut, 4 parah kereta rempuh rumah sampah

SANDAKAN: Seorang penumpang maut manakala pemandu dan tiga penumpang lain parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu merempuh rumah sampah di Jalan Batu Sapi, di sini, hari ini. Dalam kejadian 8.59 pagi itu, mangsa lelaki berusia 42 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, […]

Lelaki maut kereta masuk lubang pembentungan

SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas lalu termasuk ke dalam lubang pembentungan yang dipenuhi air, di Bandar Letat, hadapan stesen bas, di sini, pagi tadi. Mangsa berusia lingkungan 40-an terbabit ditemui selepas pasukan bomba bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengepam keluar air yang anggarkan sedalam 5 kaki itu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi […]

KPDN Sandakan syak ada penjual ayam ‘bijak’ kaut untung dari pengguna

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mensyaki, ada di kalangan penjual ayam di daerah berkenaan yang ‘bijak’ mengaut keuntungan daripada pengguna. Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Sandakan, Azdy Zukkry John@Azdy Zukkry Abdullah berkata, perkara itu disyaki pihaknya selepas menjalankan pemantauan di dua pasar, di sini, dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan […]

PPM kekang penyelewengan petrol, langgar syarat lesen perikanan

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah berjaya mengekang aktiviti penyelewangan bahan api bersubsidi dan aktiviti perikanan yang menyalahi syarat lesen menerusi Op Taring Gelora di perairan Sandakan dan Semporna, semalam. Operasi bermula 6 pagi hingga 2 petang itu, dua kes tangkapan mengikut Akta Perikanan 1985 dan dua kes tangkapan Akta Kawalan Bekalan […]