LELAKI HILANG DI SUNGAI PADAS SEJAK SABTU LALU DITEMUI MATI LEMAS

TENOM: Lelaki yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, di sini, ditemui mati lemas, hari ini. Mangsa Alphonius @Ebon Ambabai, 25, ditemui dalam keadaan terapung pada jam 1.30 tengah hari tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, mayat mangsa berjaya ditemui orang kampung bersama pasukan […]
SERAMAI 1,958 MANGSA BANJIR DI TENOM, BEAUFORT SETAKAT PAGI INI
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda daerah Tenom dan Beaufort kini seramai 1,958 orang, setakat jam 8 pagi ini. Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah mangsa di Tenom ialah seramai 1,608 orang membabitkan 638 keluarga manakala di Beaufort seramai 350 orang membabit 95 keluarga. […]
24 SEKOLAH DITUTUP, 4,526 MURID TERJEJAS AKIBAT BANJIR
KOTA KINABALU: Jumlah sekolah yang terkesan akibat banjir di Sabah terus meningkat apabila sebanyak 24 buah sekolah terpaksa ditutup buat sementara waktu. Pengarah Pendidikan negeri, Mistrine Radin berkata, penutupan sekolah itu membabitkan 17 buah di Beaufort dan tujuh buah di Tenom “Jumlah murid yang terjejas akibat penutupan sekolah itu ialah seramai 4,526 orang manakala jumlah […]
18 KAMPUNG TERJEJAS AKIBAT BANJIR DI TENOM, ENAM PPS MULA DIBUKA
TENOM: Sebanyak enam Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka selepas 18 kampung di daerah ini dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda sejak petang semalam. Setakat ini, paras air di daerah ini juga mencatatkan paras bahaya apabila mencecah ketinggian 177.40 meter setakat jam 9.30 pagi tadi. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) […]
LAPAN SEKOLAH DILANDA BANJIR, 2,425 MURID TERJEJAS
KOTA KINABALU: Sebanyak lapan buah sekolah di Sabah membabitkan 2,425 murid dan 204 guru terjejas akibat banjir yang berlaku sejak semalam. Pengarah Pendidikan Sabah, Mistrine Radin berkata, sekolah yang terbabit ialah di daerah Tenom, Beaufort dan Penampang. Katanya, kesemua murid dan guru yang terlibat akan menjalani pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PdPR) sehingga kerja-kerja pembersihan […]