Polis giat kesan 3 suspek samun, pecah masuk Pejabat Imigresen Tenom

TENOM: Polis sedang memburu tiga individu memecah masuk Pejabat Imigresen Tenom dan menyerang pengawal keselamatan hingga cedera, Khamis lalu. Dalam kejadian jam 1.11 pagi itu, mangsa lelaki warga tempatan berusia 29 tahun turut diikat oleh suspek yang bertopeng. Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, siasatan awal mendapati ketika mangsa sedang membuat rondaan […]
Pengawal keselamatan ditetak, diikat 2 individu pecah masuk pejabat Imigresen

TENOM: Seorang pengawal keselamatan cedera di tangan kiri selepas ditetak dua individu yang memecah masuk Pejabat Imigresen Tenom, di sini, semalam. Kejadian antara jam 1 hingga 2 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30 tahun itu turut diikat oleh suspek sebelum memecah masuk pejabat Imigresen berkenaan. Kedua-dua suspek dipercayai masuk melalui pintu belakang pejabat dengan […]
Kereta berat, rupanya lelaki terperosok bawah kereta

TENOM: Rasa pelik seorang lelaki yang merasakan kenderaannya berat ketika menaiki bukit terjawab apabila menemui tubuh manusia terperosok di bawah kereta jenis Proton Gen2 dipandunya dalam kejadian di kilometer 9, Jalan Sapong – Kemabong, di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam itu, mangsa berusia 55 tahun terbabit juga terpaksa dikeluarkan […]
Dapur rumah rosak dihempap pokok

TENOM: Enam sekeluarga terselamat, selepas dapur rumah mereka di Kampung Barung, di sini, rosak akibat dihempap pokok tumbang, semalam. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, semua mangsa yang berada di dalam rumah sempat menyelamatkan diri. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada […]
Riduan kekal Ahli Parlimen Tenom

KOTA KINABALU : Riduan Rubin mengekalkan kerusi Parlimen Tenom yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November lalu. Ia selepas Mahkamah Pilihan Raya, di sini, hari ini, menerima bantahan awal wakil rakyat bebas itu terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan calon parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat(KDM), Datuk Peter Anthony sebelum ini. Ketika prosiding hari ini, […]
Konsert Kalimaran platform kembang seni budaya Murut

TENOM: Penganjuran konsert Kalimaran bukan sahaja memberi peluang kepada artis tempatan Murut di Sabah untuk menunjukkan bakat mereka malah menjadi asas kepada pengembangan seni budaya khususnya etnik murut. Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin berkata, platform berkenaan juga boleh digunakan sebagai tempat mempromosikan kebudayaan etnik murut kerana ia bukan melibatkan golongan sasar sahaja, tetapi […]
Piala Kalimaran Tenom kembali diadakan hujung bulan ini

TENOM: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Tenom kembali menganjurkan Piala Kalimaran yang bakal berlangsung pada 30 dan 31 Mac ini. Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, sama seperti sebelum ini, kejohanan itu dibuka kepada pasukan-pasukan daripada Tenom sahaja dan ianya diadakan sempena Pesta Kalimaran yang disambut pada 31 Mac. Katanya, kejohanan yang akan berlangsung di Padang […]
MAHKAMAH BENAR TANGGUH PERBICARAAN KES GANGGUAN SEKSUAL KAITKAN EBIT LEW

TENOM: Permohonan pembelaan meminta perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew ditangguhkan ke satu tarikh baharu dibenarkan Mahkamah Majistret Tenom hari ini. Majistret Nur Asyraf Zolhani memaklumkan perbicaraan bakal berlangsung pada 11 sehingga 12 Mei depan. Penangguhan berkenaan adalah bagi membolehkan pihak pembelaan membuat semakan dokumen berkaitan 90 imej lucah di Mahkamah Tinggi […]
SAMBUNGAN PERBICARAAN KES EBIT LEW DITANGGUHKAN

TENOM: Prosiding mahkamah membabitkan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew yang sepatutnya berlangsung jam 2 petang hari ini ditangguhkan esok. Penangguhan terbabit ialah bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan hujahan ringkas melibatkan penggunaan pemacu kilat yang mengandungi 90 gambar berunsur lucah sebagai bahan bukti. Difahamkan prosiding kes terbabit akan diteruskan pada jam 10.30 pagi […]
MAHKAMAH TIDAK BENAR SAKSI BERI KETERANGAN MELALUI KAMERA

TENOM: Permohonan pendakwaan bagi mengambil keterangan secara tertutup menggunakan kamera melibatkan dua saksi seterusnya membabitkan perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew tidak dibenarkan Mahkamah Majistret Tenom hari ini. Majistret Nur Asyrat Zolhani dalam keputusannya memaklumkan mahkamah berpendapat tiada sebab untuk mahkamah mendengar perbicaraan menerusi kamera seperti di bawah Seksyen 101 Akta Mahkamah […]