Blok Borneo tuntut keadilan pembangunan, bukan kawal sesiapa – Azrul Ibrahim

KOTA KINABALU: Blok Borneo yang merujuk kepada gabungan Sabah dan Sarawak adalah kesatuan suara rakyat kedua-dua negeri yang mahukan pembangunan lebih adil dan seimbang dalam Persekutuan Malaysia. Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Azrul Ibrahim, berkata Blok Borneo bukan soal ‘mengawal’ sesiapa. Beliau menegaskan sentimen Sabah Sarawak wujud bukan kerana emosi tetapi […]
RUU had dua penggal Perdana Menteri gagal peroleh sokongan dua pertiga

KOTA KINABALU: Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua, hari ini. RUU yang membabitkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan itu hanya mendapat sokongan 146 Ahli Parlimen ketika undian belah bahagi dijalankan. Yang Dipertua Dewan Rakyat, […]
Formula lama tanding lebih separuh kerusi tidak lagi relevan, BN perlu ubah strategi — Salleh

KOTA KINABALU: Pendekatan lama yang menetapkan Barisan Nasional (BN) mesti bertanding sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah kerusi dalam pilihan raya disifatkan sudah tidak lagi sesuai dengan realiti politik semasa. Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata formula berkenaan lahir daripada era politik dominasi yang jauh berbeza dengan landskap hari ini yang lebih kompleks dan […]
Majoriti MP Bersatu sokong Hamzah kekal Ketua Pembangkang di Parlimen

KOTA KINABALU: Ketua Whip Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee, mengesahkan kandungan sepucuk surat yang dihantar kepada Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung sokongan majoriti Ahli Parlimen Bersatu agar Datuk Seri Hamzah Zainudin dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang. Menurut laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT), surat bertarikh 24 […]
Banjir perlu diisytihar ancaman Nombor satu sabah — Warisan

KOTA KINABALU: Banjir besar yang melanda Sabah pada Februari lalu sehingga menyebabkan beberapa daerah diisytiharkan sebagai kawasan bencana dan ribuan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) perlu ditangani sebagai ancaman utama negeri ini. Pengarah Komunikasi Strategik Parti Warisan, Christopher Masudal, berkata kejadian berulang itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan rakyat, malah mengakibatkan kemusnahan […]
Ancaman sabotaj asing: kerajaan waspada, siasatan rapi sedang dijalankan

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan kemungkinan wujud ancaman sabotaj oleh kuasa atau syarikat asing terhadap negara susulan ketegangan geopolitik semasa, termasuk serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) di Dewan Rakyat berhubung potensi ancaman sabotaj pihak asing […]
Hajiji bincang isu keselamatan bersama Panglima Divisyen Kelima

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berbincang mengenai isu keselamatan bersama Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jeneral Shamsor Jaafar di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin. Ia sempena kunjungan hormat Shamsor selaku Panglima Divisyen Kelima Infantri yang baharu terhadap Ketua Menteri. Selain isu keselamatan, mereka turut membincangkan perkara berkaitan Divisyen Kelima Infantri yang […]
Tujuh termasuk kanak-kanak cedera kemalangan di Lahad Datu

LAHAD DATU: Tujuh individu termasuk kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Segama, menghala ke Sandakan, di sini, semalam. Insiden kira-kira jam 2.57 petang itu membabitkan sebuah Toyota Hilux dan Perodua Aruz yang dipercayai bertembung di lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan […]
850 jenis hidangan buka puasa berkonsep Nusantara di SICC

KOTA KINABALU: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) sekali lagi menjadi tumpuan sebagai tempat berbuka puasa yang menyediakan pelbagai hidangan istimewa sempena Ramadan tahun ini. Dengan sebanyak 850 jenis hidangan Asia dan Continental bertemakan Resipi Nusantara, SICC menawarkan pilihan yang banyak bagi memenuhi citarasa orang ramai bermula pada 26 Februari lalu hingga 18 Mac ini. Disediakan […]
Tiga rumah, dua motosikal musnah terbakar di Tongod

TONGOD: Tiga buah rumah dan dua motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Imbak, Tongod, di sini, semalam. Kejadian yang dilaporkan pada jam 11.31 pagi itu membabitkan tiga kediaman masing-masing jenis separuh kekal dan tidak kekal serta dua motosikal yang terbakar 100 peratus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan […]